Wednesday, January 26, 2011

~senja~

Seperti awan berarak,

Langit merah saga senja,

Itulah rinduku yang menyapamu senja,

Desahan angin yang terdengar,

Membelaiku dengan halus dan lembut,

Menusuk fikiranku lantas makin menikam batinku,

Sungguh,aku benar-benar menginginkanmu disini,

Untuk menemaniku menyapa senja,

Dikala langit merah saga senja,

Kembali lagi..

Tuesday, January 25, 2011

Buat Seorang Kekasih

Ohh..sepi terasa..
setelah cinta pudar dihati..
xmungkin dapat ku melupakan..
kerana dialah kekasihku..

Dan disaat ini..
ku masih terus menyintaimu..
melupaimu xmungkin ku mampu..
terdengar suaramu memanggilku..

Dahulu kita sungguh mesranya..
bergurau senda saling menyayang..
kita berjanji sumpah setia..
hingga ke akhir hayat ingin bersama..

Kita merancang tuhan tentukan..
tiba masanya keu pergi xkembali..

Tinggal aku keseorengan..
tiada lagi gurau sendamu..
siang malam sepi kurasa..
aku rindu kemesraanmu..

Ku terkilan hajat xsampai..
kasih putus ditengah jalan..
tinggal aku keseorangan..
tiada lagi gurau sendamu...

Sunday, January 23, 2011

Doa Seorang Kekasih~

Bingkisan Doa.

"Ya Allah....Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,maka tercipta dia buatku..Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagian antara kami,agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah....Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi..Seiringkanlah kami melayari hidup ini di Ketepian yang sejahtera dan abadi..Tetapi Ya Allah..Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan miliku..Bawalah ia jauh dari pandanganku..Luputkanlah ia dari ingatanku..Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti....Berikanlah aku kekuatan..Melontar bayangannya jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia..Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah Yang Tercinta....Gantillah yang telah hilang..Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku....Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..Adalah yang terbaik buat ku..kerana Engkau Maha Mengetahui..Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah....Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..Di dunia dan di akhirat..Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..Jangan engkau biarkan aku sendirian..Di dunia ini mahupun di akhirat..Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka Ya Alah....kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup..Ke jalan yang Engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...."

AMINNNNN~

Friday, January 21, 2011

.R.I.M.A.S.

lari lari lari,
aku lari tinggalkan semua ini,
untuk mencari-cari,
cari ketenangan diri..

pergi pergi pergi,
engkau pergi dari hidupku ini,
ku tak mahu mahu kau,
hadir dalam diri ini.

keluhan hatiku xsiapa yang tahu,
ku simpan semua sebak didada,
biarku yang terluka,
pernahkah kau mengerti,
caraku memujukmu,
pernahkah kau hargai,
cara aku mencintaimu.

lafasan kata dari bibir,
adakah ia dari hati,
mungkin kau xpernah fahami,
maksud yang tersembunyi,
titisan air mata,
dari pipi ke bumi,
pernahkah kau peduli,
betapa sedih diriku ini.

mengapa aku yang terluka,
aku yang merana,
aku yang menahan sisa baki cinta ini,
engkau yang meminta,
aku yang sengsara,
rimas rimas rimas.

Monday, January 17, 2011

Harapan~

Harapan hatiku ingin hidup bahagia..

Tetapi mengapa sering saja..

Hati ini diluka..

Baruku cuba nak berubah..

Tetapi engkau pula membuat angkara..

Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa..

Tuesday, January 4, 2011