Saturday, October 8, 2011

HEBAT!!!


Assalamualaikum...

Saya Mohd Azim Mohd Akir, berumur 20 tahun, berasal dari Alor Setar, Kedah. Saya masih menuntut di sebuah Universiti swasta di Bangi. Post ini ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan didalam kerjaya saya mahupun para pemimpin yang memimpin dan para pemimpin yang dipimpin serta seluruh rangkaian saya, saya menyusun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan diri saya selama ini. Saya mengaku saya tidak menjadi seperti mana yang anda semua inginkan ataupun harapkan.
Setelah hampir 5 bulan saya dalam bidang ini Alhamdulillah kerjaya ini banyak mengubah perdirian hidup saya dalam pelbagai aspek. Saya dapat memahami apa itu erti sebenar pengorbanan, kasih sayang, dan kerjasama antara semua pihak. Saya juga dapat menjiwai keindahan-keindahan kerjaya saya ini yang xdapat dirasai dimiliki diluar sana. Syukur saya ucapkan pada Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk bersama dalam perjuangan ini. Saya percaya dan yakin saya akan menemui sesuatu dipenghujungnya nanti, InsyaAllah Pasti.
Kepada semua pihak, saya berjanji bahawa saya akan terus tetap setia didalam perjuangan ini dan akan berjuang habis-habisan hingga ke akhir hayat. Walau apa pun rintangan dan halangan menimpa saya akan tetap berjuang kerana saya amattt percaya bahawa saya akan menemui sesuatu yang saya impikan selama ini di penghujungnya nanti,IsyaAllah Pasti. Saya juga akan terus membantu setiap rangkaian saya hingga ke penghujungnya, Pasti.
Semoga Allah memberkati perjuangan ini. . . Amin.

No comments:

Post a Comment