Saturday, October 8, 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum...

Hyee kawan-kawan, semua sihat? Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama dengan kita. Hari ini 08/10/2011 hari sabtu. Semua orang menjalani kehidupan seperti sedia-kala, ada yang bercuti dengan keluarga, ada yang keluar dengan rakan-rakan atau ada yang keluar bersama teman tersayang. Syukur mereka masih lagi mampu melalukannya.
Hari ini aku hanya terperap didalam bilik, keseorangan dibelenggu kisah silam. Kisah yang mana aku xdapat lupakan walaupun aku ingin melupakannya. Hari ini aku kesepian, aku keseorangan, aku kekosongan jiwa tanpa ada kegembiraan. Ntah mengapa aku jadi begini. Aku rindukan family aku, aku rindukan kawan-kawan kampung aku, aku rindukan si dier yang pernah bersama dengan aku susah mahupun senang. Aku rindukan mereka.

"Yaa Allah... Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku.. Engkau bukakanlah pintu hatiku.. Engkau lapangkanlah dadaku ini dan Engkau tenangkanlah jiwa dan ragaku ini Yaa Allah...

Yaa Allah... Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku.. Dosa keluargaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat Yaa Allah...

Yaa Allah Yaa Tuhanku... sesungguhnya kepada Engkaulah aku sembah dan kepada Engkaulah aku meminta pertolongan..." Aminnn...

No comments:

Post a Comment