Wednesday, November 2, 2011

Pertama kali... ... ...


Salam Mawar...

Awak...
Pertama kali saya jumpa awak saya takut dengan awak, saya takut dengar suara awak, saya takut lihat renungan awak, saya takut bila awak cakap bahasa orang sabah. Saya takut hinggakan bila saya cakap dengan awak saya pandang ke arah lain.

Awak...
Pertama kali saya menghubungi awak dalam hati saya apabila saya menghubungi awak hanyalah untuk hal yang berkaitan dengan kerja sahaja. Saya tidak berputus asa menghubungi awak walaupun saya mendapat maklum balas yang sebaliknya.

Awak...
Pertama kali saya menerima panggilan awak setelah hampir setiap malam saya menghantar msg "good night" dengan awak. Saya terkejut kerana awak yang menghubungi saya setelah puas saya yakinkan awak untuk bersua muka. Awak menghubungi saya dengan dalam keadaan tenang awak meluahkan rasa tekanan awak terhadap masalah peribadi awak.

Awak...
Pertama kali awak menerima pelawaan saya untuk makan malam bersama, saya berasa sangat gembira. Setelah saya bersama awak disuatu tempat makan malam yang romantik, saya berasa sangat istimewa. Awak membuatkan saya merasa sangat dihargai walaupun kita xpernah mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam sebelum ini.

Awak...
Pertama kali disuatu tempat yang indah, permandangan yang cantik dan suasana yang romantik awak sekali lagi meluahkan kepada saya rasa yang dipendam sekian lama dilubuk hati awak tentang hal peribadi awak. Saya merasakan diri saya sangat-sangat dihormati dan dipercayai hinggakan awak dapat meluahan segalanya tentang hal peribadi awak.

Awak...
Pertama kali disini saat ini nafaz ini saya merasakan sesuatu tentang hati dan perasaan saya terhadap awak. Sejak saya mendekati dan mendalami tentang diri awak, setelah saya mengenali siapa diri awak, terhias disuatu sudut hati saya suatu perasaan suatu rasa yang dipanggil "sayang" terhadap diri awak.

Awak...
Saya Mohd Azim Mohd Akir telah mula menyayangi diri awak. Saya hanya inginkan hati awak, perasaan awak dan hidup awak yang baru.

Sekian, Mawar.

2 comments: