Saturday, June 30, 2012

---------------> <3 Mohd Azim Bin Mohd Akir & Norrila Binti Burhan <3 <---------------

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


---------------> <3 Mohd Azim Bin Mohd Akir & Norrila Binti Burhan <3 <---------------



Tentang Rasa



Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu.....

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa....

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Dapatkah selamanya kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya.....

Tuesday, June 26, 2012

Cinta Gila

Aku tak pernah menyesal mencintaimu, yang aku kesali mengapa percintaan ini bukan cinta pertama buat aku dan kau...

Dalam hatiku terdapat rasa cinta yang hebat terhadapmu, apakah kau juga berperasaan begitu..?

Jangan kau permainkan cintaku, ketahuilah cintaku terhadapmu adalah tulus dan suci...

Ketika aku sendirian, hanya wajahmu yang bermain difikiranku...

Cinta itu hadir setiap saat,
Cinta itu terasa dalam tindakan,
Cinta itu terucap dalam senyuman,
Cinta itu bersinar dengan tatapan,
Cinta itu hangat dalam dakapan,
Cinta itu menyengat lewat belaian...

Cinta adalah cara aku bercerita tentang dirimu, caraku menatap segala tingkah lakumu, dan caraku tersenyum seorang diri dikala aku menatap keindahan wajahmu...

Cintaku terhadapmu terletaknya dihati, meskipun tersembunyi namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi segala tindakanku sehingga kadang-kala aku melakukan hal terbodoh tanpa aku sedari. Segalanya hanya untuk dirimu...

Cinta itu bukanlah untuk penyayang yang sempurna, tetapi cinta adalah untuk pencinta yang tak sempurna menjadikannya sebuah cinta sempurna...




Thursday, June 21, 2012

Nikah Gantung :)


Assalamualaikum....


Kepada semua pihak yang berkenaan sila ambil tahu sedikit sebanyak tentang hal2 sebegini...





Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Tuesday, June 19, 2012

CINTA ITU SEMPURNA =)

Assalamualaikum...

Saya sangat obses tentang seni cinta atau lebih dikenali sebagai kasih sayang antara dua insan yang bergelar manusia... Ia membuatkan kita dapat merasai keintimewaan manusia dari pelbagai aspek deria rasa seperti gembira,sedih,sayang,cinta,rindu,marah,cemburu,terharu dan sebagainya... Bagi saya...

 CINTA adalah kerjasama, saling bertolak ansur, memahami, menerima baik buruk pasangan, bersungguh-sungguh dan serius untuk mencapai kebahagian bersama
walaupun kadang-kadang ianya menyakitkan =)

Memang terdapat pelbagai definisi cinta. Berikut merupakan definisi cinta yang sempat diterokai...

1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah...

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci...

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan...

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya...

Sekian Terima Kasih =)

Wednesday, June 13, 2012

Takkan Aku Lepaskan Kamu

Aku boleh berjaga siang dan malam hanya kerana mahu melihat kamu bernafaz...
Aku mampu berjaga sepanjang malam hanya kerana ingin melihat kamu sedang tidur...
Walaupun kamu jauh dari pandangan aku tetapi aku tetap akan bayangkan kamu...
Aku bolen menghabiskan hidup aku di dalam bayangan yang indah ini...
Aku boleh terus hilang dalam masa ini untuk selama-lamanya...
Kerana setiap saat yang aku habiskan untuk bersama dengan kamu adalah sangat berharga...

Aku tidak mahu menutup mata aku lagi....
aku tidak mahu tidur lagi...
Kerana aku sedang merindui kamu sayang...
aku tidak mahu kehilangan rasa itu...
Kerana walaupun aku mimpikan kamu...
tak mungkin ianya akan seindah itu...
Aku terlalu merindui kenangan kita...dan...
Aku tidak mahu kehilangan kenangan itu...

Aku tidak mahu melepaskannya...


Monday, June 11, 2012

My First Prob.

Assalamualaikum...

Firstly, I just wanna say sorry to all of you because what I want to say right here maybe will make you angry... This is what happened to me on my trouble... Its between my mother, my father and their son that is me... Yeah I am as their son of cause should not be like this... Its so rude...but, what I am thinking is I am not do wrong... I am not do like a devil...

Yeah...You know what... This is all happened starting when I am buy a sweater just as a present to my lover... Beside that I have buy some clothing for me too... Just because of this... When I am back... POOM! PANG! POOM! PANG! POOM PANG! I am had been shot by a leaser of my mother... Its a counsel... You know what...I am not respond anything... I just silent... BUT... What I get after that?

My Mother did not talk to me directly... She did not speak directly... She did not deal anything 
with me directly...What I am thinking is it is fair??? It is not just a day... It is not just a couple 
days...  But It happened until a couple weeks... Hmmm... what I am thinking is I am not do wrong... I am not do like a devil... Hmmm... What should I do?What should I do?What should I do?

Yeah I know I am wrong... I am too waste... I am waste on my shopping... But.. Its not a big mistake... I know  so many times I ask for money... Answering my call... It is all about asking for money... Yeah I admit it... But... It is fair when she make me like that... I am not do wrong... I am not do like a devil... Im not drunk... Im not smoke... Im not kill people or anything like a devil... hmmm....

This is all about my problem with my mother... Hurm... Just only this... small the matter right... And about my problem with my father I will on my next text keyh...

I'm Sorry For Everything.


Thursday, June 7, 2012

Eila Leny / Mawar Hitam

Assalamualaikum...

Eila Leny... Satu nama yang sangat unik... Adakalanya apabila terdengar panggilan nama itu buatkan aku terfikir sejenak... Apakah itu nama Melayu? Apakah itu nama sebenar bagi seorang gadis ataupun hanya sekadar nama panggilan... Akhirnya aku tahu... Eila Leny adalah seorang gadis yang diberi nama Norrila Binti Burhan... Aneh kan? Yeah... Namanya seaneh orangnya... Orangnya cantik, rendah, bertudung labuh, berkain sarung... Orang yang berdarah Bajau(ayah) + Philipine(mak), cukup sempurna campuran darah untuk menjelaskan kecantikan wajah gadis itu... Gadis kampung yang berasal dari Semporna, Sabah buatkan aku gementar apabila bertentang mata dengannya... Itulah Norrila Binti Burhan...

Eila Leny nama panggilan... Hidup penuh dengan penderitaan... Kisah hidup penuh dengan setiap dugaan dan cabaran buatkan gadis ini jauh berbeza dari gadis di luar sana... Ketabahan gadis ini menempuhi kisah hidupnya buatkan jantung aku tersentak dan ingin sekali mengenalinya dengan lebih mendalam lagi... Pertemuan aku dengan dirinya seperti tidak dijangka apabila pertemuan kami bagaikan telah diatur oleh yang Maha Esa... Kami dipertemukan dalam keadaan yang sangat unik dan pelik dimana dia perlukan bantuan dengan segera dan waktu itu dia hanya ada aku untuk meminta bantuan itu... Hmmm... Pelik kan... Dalam pertemuan inilah dia menceritakan segala- galanya tentang perjalanan hidupnya yang penuh dengan pancaroba... Dan pertemuan kali inilah buatkan aku telah jatuh hati dengan dirinya secara langsung mahupun tidak langsung...

Hari demi hari... Masa berlalu dengan penuh bermakna apabila aku mula mengenali dirinya sedikit demi sedikit... Nama Eila Leny seperti terpaut dalam jiwa aku... Alhamdulillah... Sepertinya aku tidak menepuk sebelah tangan apabila dia juga  menyimpan perasaan terhadapku... ................. ............................
...............................................
...................................
................................................
........................
........ Kami menyayangi dan memahami antara satu sama lain buatkan kami serasi apabila bersama berdua menempuhi dugaan dan cabaran hidup diatas muka bumi ini...

Tanggal 11 November 2011, Aku dan dia sah sebagai pasangan suami isteri... Percaya??? Xpercaya sudah... Kami hidup bahagia sejak bergelar suami isteri... Pelbagai dugaan dan cabaran hidup kami tempuhi bersama... Kami hidup susah senang bersama... Inilah sedikit tentang kisah aku dan insan yang dikenali sebagai Eila Leny atau nama sebenarnya Norrila Binti Burhan. Akhir kata, Doakan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat... Amin...

Sekian,

Wassalam...







Tuesday, June 5, 2012

Azimat Cintaku

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampai
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cinta

Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah cinta duniawi
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua