Friday, August 3, 2012

Jerat Percintaan

Assalamualaikum...

Malam ini aku ingin perkatakan dan meluahkan sedikit sebanyak perasaan aku tentang hubungan cinta. Aku mengaku dalam setiap hubungan percintaan akan punyai banyak dugaan dan cabaran. Semua inilah yang menguji setiap insan ataupun pasangan yang bercinta. Ada yang berjaya, ada yang terkandas dan ada juga yang menjadi gila dek penangan dugaan percintaan ini.

Yeah, aku juga adalah insan yang terpilih untuk merasai dan menjiwai tentang perasaan cinta ini. Sebagai manusia yang terlibat dalam percintaan ini pastinya akan merasai pelbagai perasaan yang diantaranya adalah gembira, sedih, rindu, marah, cemburu, menangis dan sebagainya. Inilah keindahan sebenar yang terlepas pandang oleh sesetengah manusia.



Bagi sesetengah pihak bercinta semasa sedang belajar mahupun di bangku sekolah dan di universiti adalah suatu perkara yang sia-sia. Ini adalah kerana bagi mereka semua ini tidak menjamin masa depan dan belum pasti itu dalah jodoh kita, itu kata mereka. Tapi kata aku cinta itu ada haknya sendiri. Bila dia nak datang dia datang dan lambat ataupun cepat pastinya semua itu telahpun diatur oleh yang Maha Esa.

Hari ini aku mengaku aku dalam dunia percintaan. Aku sedang bercinta. Dan aku tahu apa perasaan sebenar aku terhadap pasangan aku itu. Dalam hubungan aku juga seperti hubungan percintaan lain yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Bagi aku ada beberapa perkara penting untuk pertahankan sesebuah hubungan itu.


Iaitu :



  • JANGAN SESEKALI MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL JIKA KAMU MASIH MAHU MENCUBA.
  • JANGAN SESEKALI MENYERAH DAN BERPUTUS ASA JIKA KAMU MASIH MERASA SANGGUP.
  • JANGAN SESEKALI MENGATAKAN KAMU TIDAK LAGI MENCINTAINYA JIKA KAMU SENDIRI TIDAK DAPAT MELUPAKANNYA.



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukannya siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkitkan lagi sekiranya kamu mencintainya setulus hati. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sekian,
             Mawar Hitam.





No comments:

Post a Comment