Tuesday, December 17, 2013

Thanks Babe !




Thanks Babe !
kau faham dan kau akui itu aku, walaupun hati kau bukan untuk aku.

Sungguh benar --
aku perlukan kau bila aku dihimpit masalah, dan aku akui aku lemah tanpa kau.

Aku sedar & Aku redha,
kau bukan untuk aku dan kau bukan milik aku. Tapi..."
Izinkan aku merasai semangat yang hadir dari diri kau, kerana itu kekuatan aku.

Kata-kata kau adalah semangat aku.
Nasihat kau sangat memberi impak pada aku.

Aku akui segalanya. Aku terlalu cintakan kau.

Thanks Babe !


Saturday, December 14, 2013

~ ~ ~ Untung larh ~ ~ ~





Aku tahu itu namanya perasaan
yang datang sendirinya yang pulang juga sendirinya

Dan aku tahu--
itu bukan kemampuan kau untuk mengubahnya.

Bila kau punyai perasaan itu--
kau tak akan kisah kiri dan kanan kau
kerana hanya perasaan itu yang dapat membahagiakan kau. 

~ ~ ~ Untung larh ~ ~ ~
-semoga kebahagiaan itu kekal milik kau-





_______________guys_________________

Pedih bukan?
andai perasaan dia bukan untuk kau..."
andai hati dia bukan milik kau..."

____________________________________

Oh ya,
itu adalah apa yang aku rasa selama ini.

Sabar Itu Syurga
  
Aku rela Aku redha
* aku akan sentiasa mengikut perkembangan hidup dia kerana dia adalah insan yang paling aku sayang walaupun hanya sekadar dari jauh kerana aku benar2 sayang dia.

Aku percaya
 * aku akan sentiasa berasa gembira bila orang yang paling aku sayang sentiasa ada dihati aku

 Sekian.


Friday, December 13, 2013

Perasaan Itu ..."






Ia datang tanpa memberi salam--

Sekali dia bertapak..."
Kau yang dulu bukan kau yang sekarang.

Andai bertemu pasangan..."
Hidup kau mampu berubah 360 darjah.
Andai bertemu sebaliknya..."
Hidup kau mampu berubah 180 darjah.

Itu penangan dia--
dan kau tak mampu mengubahnya.

Jangan dipaksa menerima andai dia tiada.
Jangan dipaksa menolak andai dia ada.

Sampai masa andai itu suratan--
Ia pulang juga tanpa memberi salam.

Tapi dengan izin Allah..."
dia tinggalkan kenangan bersama.


Sekian.


Wednesday, December 11, 2013

Mengharap Bintang





Di dalam sepi hatiku terluka lagi
Namun tak pernah aku berhenti menyayangimu

Mengapa aku yang dipersalahkan
Mengapa tidak dirimu yang terasakan
Mengapa kau tak pernah kisahkan

Aku rindu dirimu
Kembalilah dalam mimpiku
Kembalilah dalam hidupku
Rapuh hidupku tanpamu

Tuhan tolonglah aku
Khabarkan padanya aku mahu menunggu
Aku akan setia menunggu
Sampai hujung nafasku

Kerana dia hidupku.


~ayiem~

Tuesday, December 10, 2013

Surat Ketiga Dari MAMA .

Mohd Azim Mohd Akir,
A-1-17,Pangsapuri Cempaka Sari,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

10.12.2013
Selasa / 11.45pm.


Kehadapan sahabatku yang mungkin telah melupakan aku dalam kehidupan seharian mereka. Semoga sahabatku bergembira selalu.

Sahabatku,

Mungkin kau berdua pikir aku telah lupakan kau berdua. Stop !

Kita Heart To Heart la erk.
Sebenarnya aku tak pernah lupakan kau berdua. Tak pernah aku berhenti melihat potret wajah kau berdua dalam hari-hari aku. Kerana gambar-gambar kau berdualah yang menghiasi ruangan memori phon aku. Sungguh aku rindu kau berdua. Aku rindu kenangan bersama kau berdua.

Sahabatku,

Kita Heart To Heart la erk.
Sebenarnya aku tak pernah terpikir Syai ingatkan aku. Aku tak pernah terfikir Syai bimbangkan aku atau ambil tahu pasal aku. Ntah la. Memang itu pun hakikatnya kan. So, Aku nak rindukan dia lelebih pun rasanya macam sia-sia. Aku mengaku aku rindu Syai, tapi aku lebih rindukan Pek. Walaupun aku mengaku kedua-duanya tetap ada dalam hati aku untuk selamanya.

Sahabatku, Pek.

Aku tak tahu sama ada kau baca surat ini atau tak tapi aku akan tetap tulis semampu aku dengan harapan kau akan baca semua surat aku. Pek, ntah kenapa aku terlalu rindukan kau. Setiap hari aku bangun dari tido aku pegang phon aku sedayh. Harapan aku agar aku terima satu msg dari kau tak pernah terjadi. Sebelum tido tangan aku nak saja taip msg send "good night" kat kau tapi aku tak boleh. Aku tak boleh buat semua tu. Aku kena belajar hidup tanpa kau. Hmmm~

Sahabatku, Pek.

Kau masih ingat rakaman suara kau dalam phon aku? Aku ada lebih kurang sepuluh rakaman suara kau Pek.
Setiap kali aku rindu kau aku dengar suara kau. Aku pikir saat kita rapat dulu. Aku tak segan untuk call kau tanya khabar, bergurau senda, cerita masalah. Aku rindu saat tu Pek. Aku rindu suara kau. Aku rindu sindiran kau. Aku rindu perangai kau yang gila-gila. Oh ya, aku rindu juga untuk menyebut perkataan "bulan". Bulan yang pernah menyinari hari-hari aku dahulu kala.

Sahabatku, Syai.

Sebenarnya aku ingatkan xnak tulis apa2 untuk kau jamah tapi aku tak dapat lari dari kenyataan. Oooo Syai, walaupun kau hati batu, keras kepala, keras hati, keras segalanya sekeras-keras yang mungkin, aku tak pernah menolak kau dari hidup aku. Disebalik tabir aku rindukan Pek, aku jugak tak pernah berhenti rindukan kau Syai. Aku rindu segalanya tentang kau. Teguran kau. Nasihat kau. Aku rindu pada senyuman kau, renungan mata kau dan aku rindu gelak tawa kau. Kau tetap bintang aku untuk selama-lamanya dan tiada pengganti bagi kau wahai bintang. Hmmm~

Sahabatku,

Semoga kau berdua tak pernah lupakan aku. Walaupun mungkin kau berdua dapat lupakan aku, aku harap kau berdua jangan lupakan kenangan kita bertiga, susah senang yang pernah kita alami selama ini. setakat ini saja. Jaga diri jaga solat jaga aurat dan jaga mulut.

Sekian, terima kasih.

Monday, December 9, 2013

Surat Kedua Dari MAMA.

Mohd Azim Mohd Akir,
A-1-17, Pangsapuri Cempaka Sari,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

9.12.2013.


Isnin / 4.45pm.


Merindui sahabatku, Sofiyatul Badariyah Abdul Sani &Nor Syahirah Abdullah Zawawi yang sedang bahagia disamping keluarga tercinta. Semoga Allah mengrahmati kalian berdua =).

Sahabatku SyaiPek,

Assalamualaikum. Awak berdua. Azim tulis surat kedua ini sebenarnya xda apa yang penting pown. Cuma Azim nak bagitau Azim tak sihat. Azim demam teruk. Azim dah amek ubat semalam. Baru start makan hari neyh. Hurmmm...

Sahabatku SyaiPek,

Dulu masa Azim demam disamping korang, korang caring sangat ngan Azim. Korang sediakan ubat untuk Azim. Makan Azim korang tolong uruskan banyak ke sikit ke. Masa ngan korang, korang selalu tanya dah baik ke belum. Tapi itu semua dulu kan.

Sahabatku SyaiPek,

Azim nak sangat korang berdua ada kat sini. Teman Azim saat sepi saat gundah. Berat hidup Azim tanpa SyaiPek. Azim hanya ada SyaiPek. Azim rindu setengah mati kat SyaiPek. Sungguh Azim nak korang tahu Azim terlalu rindu. Rindu setengah mati walaupun dah lama kita terpisah, Azim tak dapat hidup tanpa korang.

Okeyh larh. SyaiPek jaga diri jaga solat jaga aurat jaga mulut. Semoga satu hari nanti kita berjumpa lagi.

Sekian untuk surat kedua neyh.

Terima Kasih.


Sunday, December 8, 2013

Surat Pertama Dari MAMA.

Mohd Azim Mohd Akir,
A-1-17, Pangsapuri Cempaka Sari,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

8.12.2013.
Ahad / 5.30pm.


Menemui sahabatku, Sofiyatul Badariah Abdul Sani & Nor Syahirah Abdullah Zawawi. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta.

Sahabatku Sofiyatul,

Assalamualaikum. Pek ada mana? Dengar cite Pek balik Kedah? Buat ape? Mesti best kan dapat hirup udara kampung. Untung larh =). Pek dah start LI kea? Kat mane? Pergi sape antar? Ok tak tempat tu? Best?. Wahhh, dah berkerjaya sahabat Azim sorang neyh. Alhamdulillah =)

Sahabatku Syahirah,

Assalamualaikum. Hyee Cikgu Syai =). Cikgu apa khabar? Sihat? Nampak bz jerh. Untung la kan ada banyak aktiviti. Bagus.Bagush.Bagush. Syai Li sama ngan Pek kea? Tak erk? Hurmmm, Xda apa lagi nak cakap. Tu ja larh yerh =)

Akhir kata, Azim nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kira kita bertiga kosong~kosong~kosong~ la yerh. Azim tak msg tak call bukan taknak, cuma Azim nak cari ketenangan dulu. Okeyh, Jaga diri ya awak berdua. Jaga Solat Jaga Aurat Jaga Mulut. 

Sekian untuk hari ini, ada masa Azim tulis surat lagi.

Terima Kasih.


Thursday, November 28, 2013

"Bidadari Syurga"

Assalamualaikum...

Mawar Hitam 's here .




Wahai wanita solehah ''Bidadari Syurga"
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya berdiam diri dan menunggu keajaiban
perlu usaha dengan penuh kesabaran
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga kelak
sebagai wanita solehah dan berhasil meraih gelaran
Bidadari Syurga

Sekian Terima Kasih.

Mohd Azim Mohd Akir.


Thursday, November 7, 2013

Smile =)

Assalamualaikum.

This is Mawar Hitam.




OMG! OMG! OMG! What's going on? What's the hell is happening here. So many flowers ! So beautiful ! So peaceful ! Thank God ! =)
.
.
.
.
.
.

But where ? ? ?

.
.
.
.
.

Hello... It's here ! In my heart ! Yeah , my heart just be like flowers =)





I don't know why. I feel so happy. Everything that I do I do together with my smile. I sleep even I keep smile. I walk while I smile.
.
.
.
.
.
.

OMG ! OMG ! OMG ! Am I crazy?
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
Smile , Smile, & Smile again
.
.
.
.
.

.
.
.

Smile , Smile, & keep smile
.
.
.
.
.




This is all about love............................................... Inilah Kehidupan . (^__________^)


Mohd Azim Mohd Akir.


Friday, November 1, 2013

*bisikan 'Dia'

“Luka” itu KAU TAK TAHU . .

Jariku meniti keyboard tatkala hatiku berbunga rindu padamu…
Hatiku berbisik rindu padamu tatkala lagu “AkuPencintamu” bermain di telingaku..
Mindaku melayang khayalkan dirimu tatkala potretmu kutatap di segenap ruang kamarku..
Lalu semua itu memanggil aku untuk merenungsejenak masa silam tatkala aku bersamamu..

KASiH…..
“katamu aku tidak merinduimu”
“katamu aku tidak menyintaimu”
“katamu aku tidak mempedulikanmu”
“katamu aku tidak menyayangimu”
“katamu aku tidak mengingatimu”

Namun kau tidak pernah tahu di balik “hari-hari”dalam HiDUPku….

Hari-Hari..

Seandainya kau tahu, dalam hati ini hanya tercatat namamu yang tidak pernah dapatku PADAM. Setiap HARi Sepintas laman “MUKA BUKU” dibuka, hanya laman “MUKA BUKU” milikmu yang pertama kutatap..Hatiku pilu tatkala hariku yang panjang berlalu seandainya tiada masa untuk aku menyelak  “MUKA BUKU” milikmu. Meskipun dirimu tidak kuhubungi, namun potretmu masih tetap kutatap, kerana tidak mungkin kubiarkan walaupun sesaat ingatanku padamu pudar.
Semua itu kerana “AKU MERiNDUiMu” TAPi “KAU TAK TAHU”


Seandainya kau tahu, TiDAK sesaat dalam doaku ketika menghadap-NYA YANG ESA melupai dirimu.. Setiap saat hatiku sentiasa merinduimu. Namunbibirku takut untuk menyatakan CiNTA kerana rasa takut menyelubungi di segenap ruang jiwaku dan hatiku tidak sanggup lagi untuk menanggung rasa kehilanganmu. Meskipun LUKA lalu menghantuiku, tetapi Hatiku masih sukar menghakis dakapan rinduku padamu. Cintaku tidak dapat berganti kerana semuanya telah aku LEBURKAN dengan kesetiaanku terhadapmu. Dengan cinta itulah, hari-hariku mampu bernafas dalam kedamaian.
Semua itu kerana “AKU MENYiNTAiMu” TAPi “KAU TAK TAHU”


Seandainya kau tahu, hatiku sakit, jiwaku menangis, dan tanganku mengesat air mataku tatkala cemburu merantai jiwaku setiap kali mendengar lafazmu pada dia meskipun gelarannya “TEMAN”. Kekadang aku tertanya, jika aku di hatimu, mengapa dia yang sering menjadi sebutan?? Mungkin dia lebih bermakna dariku tanpa kau sedari. Sesungguhnya, Bibirku masih mampu tersenyum, namun hatiku meraung “Mengapa Perlu ada rasa sakit itu jika dirimu Tidak Tahu dan peduli rasaku itu.”

Namun aku hanya menyepi membawa diri. Menyepi ditemani hujan yang turun menenangkan jiwaku. Melihat angin dan ribut yang membadai sekelilingku, lantas meragut laju. Tetapi entah mengapa, sungguhpun ribut datang membadai namun dirimu dan manis kata di bibirmu itu tidak diragut sekalibersama janji-janjimu itu dari MiNDAKu sedangkan hatiku sakit di kala itu tatkala mengenangkanmu dan aku masih dibiarkan mengharungi semua rasa itu bersama sekeping hatiku yang rapuh serta rakus dengan kejujuran dan ketulusan cintaku. Entah mengapa aku merasa ini yang harus aku terima setelah diriku setia mengharap sekian lama.

AKU HANYA MAMPU melerai apa yang terkusut setelah berbagai bayangan aku gambarkan tetapi dirimu masih lagi tidak mengerti . AKU HANYA MAMPUmenyembunyi di balik bayangan diri meskipun ku tahu ku terjerat sendiri dan menyimpul segalanya menjadi rapi demi menjaga HATiMU. Aku rela mengalah selalu jika itu pilihan yang aku punya, kerana Dia lebih membahagiakanmu dari aku.
Semua itu kerana “AKU PEDULi PADAMu” TAPi “KAU TAK TAHU”


Seandainya kau tahu, SEJAK DETiK aku mengenalimu, kau telah membuka pintu kamar di hatiku yang kupanggil CiNTA. Cintaku yang suatu tika dulu pernah terhampar telah bersinar kembali setelah aku menemui sinar kasihku yang dulu. Sungguh dirimu begitu PANDAi mencuri hatiku dengan kejujuran dan tingkah lakumu lantas memberikanku keyakinan untuk menoktahkan MENDUNG yang telah berlalu.

Sesungguhnya aku tidak pernah lupa semua kenangan yang lalu. Mungkin katamu aku pernah memusnahkan impianmu dulu atas kesalahanku yang lalu. Namun Maafkan aku, bukan itu niatku berbuat begitu. SEBENARNYA, dirimu selalu kurindu dan tidak mungkin ku melupakan dirimu kerana walaupun sudah lama berlalu namun hatiku masih tetap setia padamu. Padaku, di mana-mana kau berada, aku sentiasa merasa dirimu bersamaku. Buatku, kenangan memori kita akan selalu bersamaku. Meskipun kau jauh di hatiku namun kausentiasa dekat di hatiku.
Semua itu kerana “AKU MENYAYANGiMU” TAPi “KAU TAK TAHU”


Seandainya kau tahu, Kenangan manis sewaktu aku bersamamu suatu ketika dulu sentiasa terpahat di hatiku. Namun takdir yang berlaku di masa lalu memaksa aku untuk pasrah dalam cinta yang merupakan kenangan terindah sepanjang hidupku.Aku pernah terbaca kata-kata puisi ini sewaktu dahulu.. :

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Puisi ini mengingatkan diriku padamu, lalu kerana itu aku memilih untuk membiarkan yang indah itu sebagai kenangan terindah HiDUPku. Lantas aku pasrah dengan takdir cintaku di bumi ini yang terpisah jauh.
Setiap hari aku mendongak langit, membayangkan langit yang sama aku lihat menemani Hari-HariMu,mentari yang serupa menerangi dirimu dan diriku serta dipeluk oleh malam yang gelita menghampiri diriku dan dirimu. Lantas, Tatkala itu hatiku meronta-ronta untuk bertentang mata denganmu, tetapi diriku masih dibayangi ketakutan kekecewaan yang lalu.

Takutku tenggelam di saat aku merenung jauh ke pantai yang seolah-olah mendengar rintihan hatiku. Lalu, kubiarkan ombak duka itu terus setia menghempas pantai dan aku akan tetap di sini menanti hadirnya keajaiban memujuk hatiku yang pilu, Meskipun kekadang hatiku berlari membawa diri meninggalkan panggilan sunyi darimu yang sayup-sayup di kejauhan itu. Aku sedar hatiku GERUNdipukul rindu, DADAKU ini sesak memikirkan SAKiT HATiku yang seolah menjerat diriku sendiri.

DAN
Seandainya kau tahu,

“Hatiku sentiasa terkelu tatkala akuberbicara soal hati di hadapan lappy kesayangan aku ini.. hatiku hanya merindukata2 rindu yang ku kumpul darimu… notacintamu buat aku seolah-olahmenghidupkan dunia fantasi aku setelah sekian lama aku menyepi di sudut rindu.. aku begitu merindukan detik indah aku bersamamu. Setiap pesanan ringkasmu yangtertera di telefon pintarku sentiasa mencuripandangan aku tiap kali aku membacanya…”
Semua itu kerana “AKU MENGiNGATiMU” TAPi “KAU TAK TAHU”

LOVE U  A b a N G . . . . .


Maafkanlah diriku seandainya hatimu terluka dengan“Nukilanku..”





COPYPASTEBY:ELISYAELYANA


Saturday, October 26, 2013

Tasik Tanah Runtuh

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.


Aku memanggil kau untuk katakan
Betapa aku berusaha membuat kau ketawa
Untuk memberi senyuman kepada kau

Ada sesuatu yang tak mampu aku jelaskan
Aku terlalu menyayangi kau
Tapi kau tak pernah mengendahkannya

Sudah aku katakan lebih seratus kali sebelum ini
Malah aku ingin katakan lebih sejuta kali selepas ini
Tapi kau tak pernah mengendahkannya

Aku mahu melihat kebuktian kesaksian
Yang kau mampu hidup gembira tanpa kelibat aku
Tertanya adakah kau menyayangi aku









Sekian , 

Mohd Azim Mohd Akir .


Thursday, October 24, 2013

Rindu Kau Yang Dulu

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




Aku ada hati .
Aku boleh rasa , aku boleh sayang , aku juga boleh cinta .
Aku boleh cemburu , aku boleh marah , aku juga boleh benci .

Memang kau yang aku sayang .

Aku rindu kau yang dulu .
Yang selalu setia temani aku .
Saat aku sedih hanya kau yang mengerti aku .

Aku takkan marah , aku takkan benci .
Aku takkan sakit hati dan takkan kata apa-apa

Cuma aku rindu . Rindu kau yang dulu .


Sekian ,

Mohd Azim Mohd Akir .


Aku , Kamu & Dia

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Siapapun yang mencintai orang lain

Hatinya akan merasai sakit
Namun tanpa cinta
Dunia macam tak bermakna

Aku Sayang Kamu , Aku Cinta Dia

Dalam meniti arus persahabatan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir aku jatuh hati padanya
Kerana takdir juga aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu , tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana
Aku masih mencintai dia
Aku masih merindui dia
Aku masih termimpikan dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya menghiasi kenangan aku
Dan kamu adalah teman hidupku
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beri aku masa , beri aku peluang
Untuk mencari sejauhmana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahami aku


Sekian,

Mohd Azim Mohd Akir.


Wednesday, October 23, 2013

Hati Batu

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




Aku mahu miliki hati batu .
Aku mahu hati aku menjadi batu .

_____________________________

Hati batu ----------> Tiada perasaan

Tiada perasaan ----------> Keras hati
_____________________________


Ahaks .
Sungguh bodoh aku rasakan kenapa mesti aku miliki hati batu . 
Sungguh bodoh aku rasakan kenapa mesti aku mahu hati aku menjadi batu .

Sedangkan ... sebelum ini hati aku seperti agar-agar yang mudah terbentuk dan dibentuk . Mudah terasa dengan perbuatan mahupun hanya sepatah kata . Mudah bermesra dan mudah merasai permasalahan orang lain . Pedulikan soal linangan air mata yang tak pernah kenal erti kekeringan .

Abaikan ... siksa dan perit yang aku rasakan hanya aku yang dapat rasa . Sering kali mengganggu kehidupan aku , sampai bila ? . Memang sikap aku yang mudah terasa . Semakin aku sayang semakin aku terasa , hinggakan keluarga aku sendiri bertapis berlapis-lapis membuka bicara dengan aku .


*************************************

aku mahu hati aku menjadi kering
yang tak punyai rasa apa-apa
aku mahu hati aku menjadi hati batu
yang tak peduli apa orang lain kata

**************************************

Duhai hati ,

Jangan kau marah aku . Aku cuma mahu ketenangan .


Sekian ,

Mohd Azim Mohd Akir


Never Die

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Aku tak marah dengan kehidupan aku . Aku tak benci dengan kehidupan aku . Cuma aku menjadi bingung dengan corak kehidupan aku yang tidak menentu . Sungguh ia membuat aku jatuh dalam kehidupan sendiri .

Ke mana harus aku pergi ? Kepada siapa hendak aku luahkan ? Kepada siapa hendak aku salahkan atau diri aku sendiri ? Apa harus aku lakukan ? Tuhanku , adakah aku gila ?

Aku tak pernah terfikir yang aku akan hidup dalam kekosongan sebegini . Aku tak pernah terfikir yang aku akan hidup dengan menanggung kesakitan sebegini .

Adakah dengan , " aku tak pernah terfikir semua ini adalah salah aku " sebenarnya adalah kesilapan yang membawa aku jauh dari kehidupan yang nyata .

************************************************************************

Kesedihan , keperitan , kesakitan dalam kehidupan banyak mengajar aku untuk menerima segala pembaharuan dan permulaan baru dalam kehidupan aku .

Untuk memberi senyuman walaupun menyakitkan . Untuk mencapai sesuatu yang tinggi walaupun aku sedar tiada siapa disana . Untuk bercita-cita mulia dan tidak berputus asa .

Semua ini adalah kerana aku percaya permulaan hari sentiasa ada matahari yang akan muncul di sebalik penghujung gelap malam .

____________________________________________________

andai mata aku penuh sesak dengan penderitaan & kesakitan
nescaya kecurahan jernis air mata ke atas pipi ini suatu kepastian
andai ada mata bertentang dengan aku dan mendapati air mata aku hilang
percayalah bahawa aku sedaya upaya menahan untuk memastikan air mata aku tersembunyi 

___________________________________________________


Sekian ,

Mohd Azim Mohd Akir .


Saturday, October 5, 2013

< Koleksi Batu >

Assalamualaikum ...

This is Mawar Hitam.

Hyee guys . Gua nak cite sikit tentang cincin batu permata . Orang cakap cincin batu permata ini ada keistimewaannya tersendiri . Bagi yang minat , tiada harga bagi batu tersebut kerana apa yang penting adalah memilikinya .

Gua adalah antara yang meminatinya , tapi ketahuilah bahawa gua belum lagi taksub dengannya . Tapi tak semua larh gua akan cita sebab gua akan cita tentang cincin dalam koleksi gua ja . Okeyh ? Sekadar menambah pengetahuan .

Segala puji hanya milik ALLAH SWT .

Ini antara koleksi cincin batu permata yang gua ada ... dan tentang khasiatnya sekali .



:: Cincin Batu Delima Merah ( Ruby )






Ruby atau Delima Merah dikenali kerana warna merahnya yang mengambarkan perasaan cinta , kuasa dan kemegahan . Inilah raja bagi segala batu permata atau dikenali sebagai " King Of Germstone " yang popular diseluruh nusantara bahkan di seluruh dunia . Batu ini sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu ( pink ) dan merah hati ( merah tua ) . Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 skala Mohs . Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir . Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan , membuka hati seseorang terhadap rasa cinta dan menjadikan orang patuh kepada pemakainya .



:: Cincin Batu Mata Kucing ( Cat's Eye )







Batu Mata Kucing atau Cat's Eye diberi nama kerana apabila didalam kegelapan atau punyai sedikit cahaya , maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini dan mirip mata haiwan yang bernama kucing . Inilah keuniknya batu ini hinggakan ramai orang tergila-gilakannya . Batu Cat's Eye ini banyah terdapat dalam warna coklat kehitaman , kuning madu , dan warna hijau muda . Cat's Eye mempunyai daya ketahanan yang kuat kerana skala kekerasannya 8-9 Mohs . Batu Mata Kucing ini adalah batu yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang baik . Kelebihan batu ini dimata umum adalah memberi keyakinan dan menjadikan lawan / musuh gerun dan takut pada si pemakai . Ia juga memberikan aura penarik kepada si pemakai .



:: Cincin Batu Geliga Ular





Geliga Ular atau Buntat Ular atau Batu Ular sebenarnya mempunyai perbagai bentuk mengikut jenis ular . Ada yang berbentuk kristal , ada yang berbentuk seakan-akan batu keras , ada yang berwarna gelap tapi lut sinar bila dialukan cahaya putih terang . Namun begitu , geliga ular memang terkenal di alam mistik dan dia adalah sesuatu yang dicari oleh penggemarnya . Geliga Ular ini akan bercahaya didalam kegelapan . Ia mempunyai pelbagai kebaikkan dan faedah kepada siapa yang memilikinya . Antaranya adalah peninding diri , penunduk @ penggerun , penarik pelbagai bisa terutamanya haiwan berbisa ( perubatan ), dan penarik rezeki .



:: Cincin Batu Baiduri Hitam







Cincin Batu Baiduri Hitam apabila di kenakan kepada cahaya diwaktu malam , ia kan terpancar seolah-olah sebutir bintang di atas permukaannya . Cincin ini amat sesuai dijadikan sebagai pemanis diri dan pengasih kepada si pemakai . Ia juga boleh dijadikan sebagai penarik rezeki .



:: Cincin Batu Nilam ( Shaphire )







Batu Nilam juga biasa disebut sebagai saphire atau safir . Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida dan menyebabkan nilam mempunyai kekerasan yang cukup tinggi iaitu 9 skala Mohs . Nilam terkenal di dunia berwarna biru atau dikenali sebagai safir biru . Nilam juga boleh didapati dalam warna kuning , hitam dan putih tetapi harganya tidak setanding dengan nilam biru . Keistimewaan nilam dimata umum ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya .



:: Cincin Batu Gunung Berapi 






Batu Gunung Berapi
dipercayai mempunyai tenaga berasaskan galian lahar gunung berapi . Ia berupaya menyerap tenaga tersebut kepada bio - tenaga . Bio - tenaga berupaya meningkatkan aktiviti molikul-molikul air didalam tubuh manusia dan membawa kebaikkan kepada metanolik tubuh , memperbaiki sistem edaran darah , dan membantu penjagaan kesihatan holistik .




Segala puji hanya milik ALLAH SWT .

Gua tak cakap gua percaya dan gua tak suruh percaya . ini cuma perhiasan dan sunnah Rasulullah . Tapi ia mempunyai sifat tersendiri seperti garam sifatnya masin dan gula sifatnya manis . Segalanya dengan izin Allah .


Sekian .


Wednesday, October 2, 2013

MEREKA SAHABAT AKU

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

MEREKA SAHABAT AKU

Aku sering teringatkan akan senyuman mereka . Memandangku dengan senyuman yang sering menerangi hidup aku . Mereka sahabat aku . Mereka selalu menyatakan kepadaku akan sesuatu yang menyenangkan aku , iaitu " kata-kata semangat " . Kata-kata semangat yang muncul dari bibir manis mereka dengan senyuman yang terpancar dari wajah mereka .




MEREKA SAHABAT AKU

Mungkin bagi kalian mereka adalah orang yang tak berguna . Tapi bagi aku , mereka sangat berharga dalam hidup aku . Bagi aku , mereka adalah keluarga aku . Aku akan tetap mempertahankan mereka dalam apa jua keadaan agar mereka akan sentiasa bersama aku untuk selamanya . 




MEREKA SAHABAT AKU

Tidak kiralah siapa mereka bagi kalian . Mereka yang menghulurkan tangan membantu aku tanpa rasa jemu dikala aku jatuh tersungkur agar aku dapat bangun berdiri bersama mereka . Mereka yang menegur aku dikala aku terlepas pandang tentang hal-hal hukum tatasusila agama agar aku dapat menjadi yang terbaik .




MEREKA SAHABAT AKU

Jika besok adalah hari dimana permulaan bagi aku untuk hidup tanpa mereka , itu adalah hal yang paling aku kesali . Mungkin aku tak mampu memberi apa-apa pada hari ini , tapi di hari mendatang . InshaaAllah akan aku berjuang memastikan sesuatu yang berharga milik aku menjadi milik mereka agar senyuman dan kata-kata semangat dari mereka tak padam dan lekang untuk aku .


* Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mengsia-siakan sahabat yang dicari . - Saidina Ali -


* Sofiyatul Badariah Abdul Sani & Nor Syahirah Abdullah Zawawi

- walaupun kita berlainan jantina , tempat belajar , asal usul , cara dan perjuangan hidup , namun takdir telah menemukan kita - ketahuilah bahawa kalian tak pernah lekang dari dalam doa azim - azim sayang sahabat azim , semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya .


Sekian,

Mawar Hitam. 


Tuesday, October 1, 2013

Jerat Sendiri

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.



Kenapa perlu dipaksa
jika tidak tertulis aku dan dia
lepaskan ! biar dia pergi

Otak aku tidak mampu lagi
mungkin sudah waktunya aku harus pergi
berat benar langkah

dulu aku mengharap..." kau hanya senyap
kini aku berharap..." agar aku yang senyap

Aku manusia biasa
bagus tidak
sempurna jauh sekali
Aku manusia biasa
yang punyai perasaan

Maafkan aku andai terlanjur
menyayangimu
mencintaimu

Aku pergi cari diri selami dunia ini
Redha tentuan Illahi


Mohd Azim Mohd Akir.



Thursday, September 26, 2013

Afi Aiman =)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Hyee ! selamat petang  =) ,

aqu baru jak pulang dari rumah kakak qu di Klang sana tu ... buat apa ? ndak da ... saja-saja jak bha aqu menziarah kakak qu dengan anak nya tu ... anak nya? waina , anak saudara aqu jugak bha ... sudah lama aqu dak jumpa si budak kecil tu ... My first nephew katakan , baby boy ! aqu kan suka sama baby2 neyh ... ndak taw ka ? lepas ney taw k ... hihihi ... rindu bha aqu sama dia ... yang kata-kata orang aqu hilangkan diri pergi bertapa tu menipu jak ... ndak payah ko percaya bha ... lucu jak ... Errr ... eit ... ndak mo ka ko taw nama anak saudara aqu tu ? ndak tanya pun kan ... sampai hati ko ... hihihi ... nama si boy tu Afi Aiman bin Afiffuddin ... lucu kan ? hahahaha ... apa laa ... letak la Aaron ka , Leonardo Dicaprio ka ... hahahha ... gurau jak =)

Ini gambar dia ...  Afi =)


Afi , senyumanmu menawan =)

Comel kan ??? di atas sana tu gambar Afi time dia senyum lihat uminya tuu ... kalau ko mo taw , si Afi neyh memang suka jak senyum ... dengan sapa pun bha .. senyum jak kerjanya tu ...

Itu di rumah aqu di Kedah sana ... mamak qu belikan kerusi khas untuk cucunya jak taw ... aqu mo duduk dihalau nya terus bha aqu ... waina ... bertuah ko Afi jadi cucu pertama ... jealous aqu =)



Afi , tangisan dalam kerinduan =) / =(

 
Hahhh ... ini larh mukanya ... keluar sudah emo dia neyh ... waaa ... hihihi .... tapi comelnya tu tetap ada kan ... huhuhu =) anak saudara sapa bha neyh ? well =)

Afi sangat comel ! semalam masa aqu di rumah kakak qu di Klang sana tu ... aqu dibuli si Afi neyh bha ... pukul 12 malam dia tidur sudah di katilnya di ruang tamu tu ... kakak qu dengan suami nya tidur di bilik ...
aqu pun tengok jak tv ... dalam pukul 1 macam tu di nangis pulak ... waina ... apa aqu mo wat neyh ... aqu amek jak dia dari tempat tidurnya tu di ajak nya aqu main2 ... senyum jak dia ...

sampai pukul 2 lebih dia nangis pulak motidur agaknya ... aqu pown bawanya di sebelah kiri sambil buat susunya tu dengan sebelah tangan jak kowt ... handal kan aqu ? hihihi =) aqu pun susukan dia sampai dia tertidur ... then , masa aqu mo letaknya di tempat tidurnya tu , dia terjaga balik bha ... waina ... semput aqu dibuatnya ... aqu megantok sudah neyh ... sudah pukul 2 setengah mo ajak aqu main lagi ... main la aqu layan jak dia tu ...

merah sudah mata qu neyh ... mo kejutkan uminya tu segan plak aqu nak ketuk bilik orang... lepastu dalam pukul 3 tu dia nangis pulak mo tidur ... susunya abis sudah ... bangun pulak aqu bawanya ke dapur buatkan susunya lagi ... macam biasa sebelah tangan jak bha ... hihihihi ... bila disusukan dia tu tak sampai 3x dia hisap susu tu tertidur sudah ... mengantuk sangat la tu ... hihihi ... at last pukul 3.30am baru aqu berjaya tiduran dia di katilnya tu ... huhuhu ...

comelkan baby =)


Afi , control macho nya =)


Itu jak larh aqu mo kongsi ... moralnya , aqu sukan akan baby2... huhu =)

dadai =)


Monday, September 23, 2013

Oh God !

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Guys , you know what ...

" between the devil and the deep sea " or " ditelan mati mak diluah mati bapa " ,

What is it mean ?
What should i do ?

Oh God ! please ,
show me your plans , It's the best . I know !

-----------------------------------------------------------------------------------

I
DON'T
KNOW
WHAT
SHOULD
DO
::
WHAT
SUPPOSED
SAY
TO
YOU
::
I'M
SORRY
IF
MY
WORDS
WERE
HURT
YOU
:;
I
DON'T
MEAN
THAT
::
PLEASE
::

---------------------------------------------------------------------------------







mama.


Aduyai bintang ..."

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Aduyai bintang--
sudikah kau dengar ?

andai aku sudah sedia untuk katakan ..."
mohon dengar suara kecil ini , mahu aku sampaikan..."

tiada bunga tapi ada isinya.


Aduyai bintang--
mana mungkin kau mengerti , aku yang..."

- percaya ada itu rindu
- percaya ada itu sayang
- percaya ada itu cinta

tapi tolong , tolong jangan sampai kau membenci sampai aku dicaci !

Ini cerita aku . Ini kisah aku.


Aduyai bintang--
tetapkan jiwamu ini adalah kebiasaan .
bukan pelik , bukan songsang

Jangan sampai marah kau mencecah sampai kesabaran kau pecah.
agar tak kau lontarkan seperti..."

" kisahkah aku " ,

di keji-keji ! dicaci-caci !
diludah-ludah ! dimarah-marah !

pasti pipi aku membasah dengan air yang mencurah.


Aduyai bintang--
maafkan aku , andai ini buat kau geli hati .

aku bagaikan..."
si kucing yang menagih simpati hati yang memerhati .
sekali kau membelai dengan hati , pasti sampai mati mahu dibelai lagi .


Sekian,

Mawar Hitam.




My idol , Fynn Jamal !

Assalamualikum...

This is Mawar Hitam.

Hyee guys , I want to let you know about someone who have been be my Idol. she is my Idol for my thinking , writing & reading. Almost five years i follow her on FB, Blog & her Twitter.

Do you know her?


















She is Fynn Jamal.

Nama: Nur Affina Yanti Jamalludin
Tempat Lahir: Kota Tinggi, Johor
Tarikh Lahir: 27 Ogos 1982


She is a writer. She write poet , poem , song , blog , book ... She is a singer. She like to write a song but don't like to sing ... She is an actor. She's really an arts . She love everything about that close to soul & life. Awesome right =) 

I really love her ! ! !
She is a woman who fights the meaning of life according to what is in her soul. She fights for girls for women. She fights for what she love. She's really crazy !

For me : Fynn Jamal

-gila2 tapi cool
-keras kepala tapi bijak
-kesenian yang teramat
Hahahaha (^_____^)

This is her baby. Bakti Arjuna Fitri





























Lastly...

I really love Fynn Jamal so damn much ! ! ! Who want to kill her, you must see me first !


Mawar Hitam.


Rapuh

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Sunday, September 22, 2013

~ nsaz ~

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




I'm not supposed to love you

I'm not supposed to care

I'm not supposed to live my life with you

I'm not supposed to wonder where you are and what you do

I'm sorry I can't help it because

I'm in love with you

I love you for not what you are

but I love you for 

what I become when my love were there with you





Yaa Tuhanku

Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku , maka terciptalah dia buatku.

Satukanlah hatinya dengan hatiku.

Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi.

Seiringkanlah kami melayari hidup ini di ketepian yang sejahtera dan abadi.

Yaa Tuhanku Yang Maha Mengasihi.

Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan miliku , bawalah dia jauh dari pandanganku.

Luputkanlah dia dari ingatanku. Dan ,

peliharalah aku dari kekecewaan.

Aminnn~




Mawar Hitam.