Sunday, June 30, 2013

Wahai Sahabatku...

Assalamualaikum..

This is Mawar Hitam.

 Wahai sahabatku...

Bila aku kata
"aku sedang berubah"
ada kalanya diri ini terbabas juga,
 maka di saat itu
Engkau yang bernama sahabat,

tegurlah dan bukan menghukum, sayangilah dan bukan memfitnah
maafkanlah dan bukan membenci, mudahkanlah dan bukan menyusahkan.

 Wahai sahabatku...

Ingatkanlah aku dan bukan mengejek
kerana diri ini masih lemah
mudah terlupa dan mudah terleka.
Aku cuma seorang musafir yang perlukan panduan.

Terima Kasih Sahabat.




Mawar Hitam.


Wednesday, June 26, 2013

Annoying

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Hyee guys... What's up? Dah lama tak update laman neyh... Al-maklum larh duduk serumah dengan family sooooooo tak menyempat larh nak update lelama kannn... So far I'm so good... Alhamdulillah larh aku sihat-sihat ja kat umah neyh... Kalau aku kat umah dengan family, bab makan tak payah risau larh... Bangun pagi ada sarapan, bangun tengah hari ada lunch, bangun petang ada tea time then, bangun malam ada dinner silap-silap supper pown ada... Nampak tak? Agak-agak berat badan aku berapa erk? Hihihi (^_____^)

How with you guys? Everything's okeyh? Untung larh kannn... Ada yang happy dengan suami isteri... Ada yang happy dengan kengkawan... Ada yang happy dengan family... Ada yang happy dengan kekasih hati... Tuah badan... Btw, enjoy your life keyh... Hidup hanya sekali kannn... Jangan jadi macam aku semua aku bagi jadi susah... Yang tu xkena yang nei xkena... Kat sana tak jadi kat sini tak jadi... Aku pown tak taw apa sial aku neyh... Gamaknya kecik-kecik dulu mak aku xbedung aku kowt noyh... Tetiba lak... Hahahaha (^_____^)

Weyh... Aku nak panggil someone sat... Hampa baca yang kat atas dah la noyh... Yang bawah nei xpayah baca sebab aku nak tujukan pada someone... Hihihi (^_____^)


 cc to Sofiyatul Badariah Abdul Sani.

Pekkkkkkkk... Pekkkkkkkkkkkkkkkkkkk... Pek ada mana? Pek sihat? Pek wat apa?

Pekkkkkkkk... Pekkkkkkkkkkkkkkkkkkk... Azim rindu Pekkkk... Pek tak rindu Azim kaaa?

Pek tau dak... Azim bosan la Pek hidup kat sini... 24jam asyik dok umah jaaa... Nak kuaq jumpa kawan pown tak boleh... Pek pown taw kan kawan2 Azim ja yang taw masalah Azim semua... Family bukan tau apa pown... Tapi nak kuaq jumpa kawan xboleh... Cer bayangkan macam mana... Opssss..!
Lupa Pek tak leh nak bayang... Al-maklum larh kannnn... Hihihi... Whatever larh...


Okeyh larh... Nak out lu... Adyos!

Mawar Hitam.








Saturday, June 22, 2013

Please... (T_____T)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.


Sepi...


Itu adalah apa yang sedang aku alami. Satu perasaan yang memaksa aku untuk berseorangan berada di dalam kegelapan. Mungkin itu keadaan yang dapat menenangkan fikiran aku dan membantu aku melupakan seketika haluan hidup aku.

Aku masih tercari-cari apakah yang sedang menghantui diri dan fikiran aku sehinggakan aku merasa sentiasa berseorangan walaupun aku sendiri berada di sebuah rumah yang jelas di situ adanya ibu aku, bapa aku dan juga keluarga aku.


   Kosong...


Sungguh aku percaya yang aku punyai agama, aku punyai tuhan, aku punyai keluarga dan aku punyai jalan aku sendiri. Tapi ntah kenapa hidup aku menjadi serba kekurangan dan jiwa aku menjadi serba kekosongan. Aku seolah-olah boneka yang hidup hanya sebagai alasan bahawa di bumi ini adanya manusia.

Andai manusia berkata :

"Ahhh, tu semua kaqot ! Hang yang meqonta soqang2 tu pasaipa?"

"Baik hang caqi qeja lagi bagoieh daqi hang dok meqapu soqang2 macam neyh!"

Hai manusia.
Memang bijak bila berkata, pantang disapa terus melenting.
Andai aku berdiam yang merasa dan sensara bukan kau tapi aku.
Andai aku melawan yang merasa dan berdosa bukan kau tapi aku.

Hidup adalah ketentuan ALLAH
Bodoh adalah ketentuan diri sendiri

Apakah ini suatu keadilan? Di mana sifat memahami manusia? Di mana sifat sabar manusia? Apakah? 



Mawar Hitam.


Saturday, June 15, 2013

I Miss You Like Crazy

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.



~ permata yang dicari ~

I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love... The love that I never had
When I think of you I don't know what to do
When will I see you again
I miss you like crazy even more than words can say
I miss you like crazy every minute of everyday
Girl,
I'm so down when your love's not around
I miss you, miss you, miss you
I miss you like crazy


J A N I N

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.



Tumbesaran Janin

 S T U D Y   A B O U T   I T...
H O W   I T   S T A R T   F R O M   D A Y   O N E   U N T I L
T H E   D A Y S   A F T E R   T H A T...



Sunday, June 9, 2013

I am Mohd Azim Mohd Akir (^_____^)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.



Hey girl...
I really miss you...
I miss your eyes, I miss your smile,
I miss your laugh, I miss your character, 
I miss your advice, your tips, & your wishing "Nyte yiem sweet dream"...
I miss everything about you...






I really thank to you because make me feel better...
You make me know who am I actually...
Because of you,
I have found my own way & my own life...
Thanks girl...
Thank you so much...

 




Nowadays...
Though you are not here,
I feels like you are always be here...
Almost every night,
when I miss you I'll looking to the stars that will remind me to you...
How shining you are... How beautiful you are...
My stars...


 

I have so many friends...
Because I love to create a friend...
But...
Not all of them know my stories, my memories...
Because...
Not all people can understand what we means of...
But...
They will always be my friends...
Forever & ever...


Mawar Hitam.




Yaa Allah (T_____T)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





                                                                                                                                       09 Jun 2013

Yaa Allah,

Aku memohon keampunan kepada Mu.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku berjaga dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku tidur.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku bergelak ketawa dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku menangis.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku menyayangi dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku membenci.

Yaa Allah,

Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku dapat makan dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku lapar.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku lantang berkata-kata dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku terdiam sendiri.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku marah dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku sabar.

Yaa Allah,

Aku merayu kepada Mu Tuhan Sekalian Alam.
Janganlah Englau melupakan aku di ketika aku mati meninggalkan alam ini, kerana aku akan sentiasa ingat kepada Engkau dalam sisa baki hidup aku ini.

Sekian,

Hambamu yang lemah.

__/]__/]______/__/]___
-------------------------------

Mohd Azim Mohd Akir.
(Mawar Hitam)

 




Friday, June 7, 2013

Sometimes...

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




Sudahlah penat bertepuk sebelah tangan... Langsung tidak diendahnya bagaimanakah angin disini...
Setiap setapak perjalanan hanya dia di mata... Setiap sesaat nafaz hanya dia di ingatan...
Apakah ini suatu kekejaman rohani... Sungguh sempurna dia di mata... Bergembiralah dia di sana...
Semoga senyuman menghiasi hari dia...



Mawar Hitam.




Sunday, June 2, 2013

Homesick (T_____T)

Assalamualaikum...

This Is Mawar Hitam.

Homesick--

Hari ini & di ketika ini aku berada di dalam sebuah rumah.
Walaupun rumah sewa tetapi ianya tetap dipanggil sebuah rumah.

Apa itu rumah? rumah mungkin adalah :
tempat perlindungan,
tempat persembunyian,
tempat beristirehat,

di mana sahaja tempat yang dapat berteduh, tidur, makan minum, sudah pasti ianya dipanggil sebuah rumah.

Aku tak kisah langsung bagaimanakah bentuk rumah aku.
sebesar kotak? setingkat? 2 tingkat? berkembar? banglo? istana?
Aku tak kisah angsung apa isi dalaman rumah aku.
ada almari ataupun tak? katil? television? radio? tandas? penghawa dingin?

Bukan itu menjadi persoalannya. Kerana bagi aku,
di mana sahaja aku berada itu adalah rumah aku.

Tapi..."
apa yang menjadi igauan aku adalah sebuah rumah bukanlah sebuah rumah yang sempurna andai ianya :
tanpa suara seorang ibu,
tanpa leteran seorang ibu,
tanpa pandangan seorang ibu,
tanpa nasihat seorang ibu,
tanpa masakan seorang ibu,
tanpa senyuman seorang ibu.




Itu aku akui.

#Yaa Allah,,, Engkau panjangkanlah umur ibu aku,,, Engkau limpahkanlah segala rahmatMu keatasnya,,, Engkau sihatkanlah tubuh badannya,,, Sesungguhnya Engkau tuhan sebenar-benar tuhan,,, Allah yang satu,,, Ameen.


Mawar Hitam.



Saturday, June 1, 2013

Tapi______. Hmmmm, ntah larh.

Assalamualaikum...

This Is Mawar Hitam.

Hyee guys, what's up! Aku harap semuanya dalam keadaan sejahtera. Aku masih saja di rumah sewa aku di Bandar Baru Bangi. Bosan gilerh! Ada larh housemate aku dua orang tapi aku lebih senang menyendiri. Aku terasa jugak nak balik kampung tapi_________. Hmmmm, ntah larh. Aku di ibarat pulang ke kampung dipukul sehingga mati, tinggal disini mati kesunyian.

Sungguh hidup aku sunyi. Aku punyai sahabat single aku tapi aku sedar dan faham aku tak boleh bergantung dan menumpang kegembiraan mereka. Itu hidup mereka. Ini hidup aku dan aku harus mencari kegembiraan aku sendiri. Tapi_______. Hmmmm, ntah larh. Aku sendiri tak tahu apa yang sebenar-benarnya perkara yang mengembirakan aku. Aku buntu. Aku kebingungan.

Walaupun hidup aku sehina ini, seburuk ini, dapat aku rasakan aku masih lagi punya perasaan. Perasaan anugerah Ilahi yang paling istimewa bagi aku. Guys, aku mengaku. Aku terlalu sayangkan sahabat single aku. Aku terlalu gembira menumpang saat-saat kegembiran mereka berdua. Melihat senyuman mereka, ketawa mereka, gurau senda mereka, sungguh mengembirakan aku. Aku gembira disaat aku hilang arah tuju.



Sahabat Single

Sahabat single :
Nor Syahirah Abdullah Zawawi. (bintangku)
Sofiyatul Badariah Abdul Sani. (bulanku)

# Girls.
Thanks for everything keyh. Azim telah banyak terhutang budi dengan kamu berdua. Kerana kamu, Azim lupa segala masalah Azim. Kerana kamu, Azim merasai kegembiraan yang tak pernah Azim rasa sebelum ini.
Kerana kamu juga, Azim kenal dan tahu apa itu erti sahabat yang sebenar. Thanks girls. Azim terlalu sayangkan kamu berdua.


Sekian,

Mawar Hitam.
 

Bertepuk Sebelah Tangan.

Assalamualaikum...

This Is Mawar Hitam.

Aku percaya aku hanya bertepuk sebelah tangan--

Ini bukan sebuah lakonan
Ini nyata tulisan Mawar Hitam
Ini adalah kisah aku. Kisah manis, juga dengan kisah pahit yang dominan.

Aku adalah pengkagummu

berdekat denganmu adalah kebahagianku
memeluk tubuhmu adalah keinginanku
mendapatkanmu adalah mimpiku

Namun
Aku percaya aku hanya bertepuk sebelah tangan--

Dirimu adalah
penunggang berkuda putih
bunga si mawar merah yang indah
barang berharga yang sukar didapati kerna dirimu adalah cintaku

Aku percaya aku hanya bertepuk sebelah tangan--

Ketahuilah bahawa hati aku menangis dalam senyuman
Ketahuilah bahawa diri aku ketawa dalam kesedihan

Sungguh aku mencintai dirimu walau aku tahu hatimu bukan disini

Saat melihat kau bersedih aku terpukul diam
Hancur remuk tak tersisa
melihat kesedihanmu

Cinta bertepuk sebelah tangan itu sakit tapi
melihat kau bahagia sakit itu hilang

Aku suka melihat kau tersenyum
Aku tersenyum melihat kau bahagia


Mawar Hitam.



Ibu2 Bapa2

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Ibu2 & Bapa2 sekalian,
seluruh kaum2 sejenis dengannya,
______________________________________

Mohd Azim Mohd Akir,
anak muda di alam remaja,
remaja di tahun 2013.

Tuan2, Puan2,

PERMINTAAN UNTUK MENEROKAI MASALAH ANAK MUDA.
--------------------------------------------------------------------

Saya seperti nama di atas ingin memaklumkan kepada semua pihak Ibu Bapa supaya mengambil tahu masalah anak2 tuan/puan yang sedang separuh gila mungkin dengan bertarung dalam kehidupannya sendiri.

1. Mungkin secara kasarnya anak2 tuan/puan sihat walafiat akan tetapi tahukah tuan/puan mungkin secara rohaninya anak2 tuan/puan gundah gulana mencari strategi berjuang dalam kehidupannya sendirian yang mana dia sendiri tidak pernah menjadi pengurus di dalam mana2 bidang pergurusan hidup.

Persoalannya : MAMPUKAH DIA MENGURUS TAKBIR KEHIDUPANNYA SENDIRIAN?

2. Andai di takdirnya anak2 tuan/puan handal dan bijak mengurus segala hal kehidupannya sendirian, ALHAMDULILLAH. Tapi bagaimanakah jika anak2 tuan/puan di ketika ini sedang bingung mencari strategi & langkah2 dalam menguruskan kehidupannya sendirian?

SIMPTOM2 KEBINGUNGAN :

-  kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan.
-  mudah berputus asa.
-  perasaan bersalah dan tidak berguna.
-  gangguan tidur atau tidur berlebihan.
-  hilang selera makan.
-  berperasaan lebih baik mati.
-  rasa tidak tenteram.
-  sukar membuat keputusan.

3. Dengan ini sekali lagi saya menyeru Ibu Bapa diluar sana supaya kembali ke pangkuan anak2 bukan sekadar memberi wang ringgit dan keselesaan hidup malah turut berperanan menjiwai anak2 memahami anak2 dan menyelami masalah bersama anak2.

akhir kata,
Kematangan seseorang bukan sekadar keluarnya air mani (lelaki) dan darah haid (perempuan) tetapi, kematangan seseorang adalah kemampuannya membuat keputusan sendirian yang drastik di dalam kehidupannya sendiri.

Sekian, terima kasih.

____/]__/]/]___/]_
Mawar Hitam.
------------------------------.