Sunday, June 2, 2013

Homesick (T_____T)

Assalamualaikum...

This Is Mawar Hitam.

Homesick--

Hari ini & di ketika ini aku berada di dalam sebuah rumah.
Walaupun rumah sewa tetapi ianya tetap dipanggil sebuah rumah.

Apa itu rumah? rumah mungkin adalah :
tempat perlindungan,
tempat persembunyian,
tempat beristirehat,

di mana sahaja tempat yang dapat berteduh, tidur, makan minum, sudah pasti ianya dipanggil sebuah rumah.

Aku tak kisah langsung bagaimanakah bentuk rumah aku.
sebesar kotak? setingkat? 2 tingkat? berkembar? banglo? istana?
Aku tak kisah angsung apa isi dalaman rumah aku.
ada almari ataupun tak? katil? television? radio? tandas? penghawa dingin?

Bukan itu menjadi persoalannya. Kerana bagi aku,
di mana sahaja aku berada itu adalah rumah aku.

Tapi..."
apa yang menjadi igauan aku adalah sebuah rumah bukanlah sebuah rumah yang sempurna andai ianya :
tanpa suara seorang ibu,
tanpa leteran seorang ibu,
tanpa pandangan seorang ibu,
tanpa nasihat seorang ibu,
tanpa masakan seorang ibu,
tanpa senyuman seorang ibu.




Itu aku akui.

#Yaa Allah,,, Engkau panjangkanlah umur ibu aku,,, Engkau limpahkanlah segala rahmatMu keatasnya,,, Engkau sihatkanlah tubuh badannya,,, Sesungguhnya Engkau tuhan sebenar-benar tuhan,,, Allah yang satu,,, Ameen.


Mawar Hitam.



No comments:

Post a Comment