Saturday, June 1, 2013

Ibu2 Bapa2

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Ibu2 & Bapa2 sekalian,
seluruh kaum2 sejenis dengannya,
______________________________________

Mohd Azim Mohd Akir,
anak muda di alam remaja,
remaja di tahun 2013.

Tuan2, Puan2,

PERMINTAAN UNTUK MENEROKAI MASALAH ANAK MUDA.
--------------------------------------------------------------------

Saya seperti nama di atas ingin memaklumkan kepada semua pihak Ibu Bapa supaya mengambil tahu masalah anak2 tuan/puan yang sedang separuh gila mungkin dengan bertarung dalam kehidupannya sendiri.

1. Mungkin secara kasarnya anak2 tuan/puan sihat walafiat akan tetapi tahukah tuan/puan mungkin secara rohaninya anak2 tuan/puan gundah gulana mencari strategi berjuang dalam kehidupannya sendirian yang mana dia sendiri tidak pernah menjadi pengurus di dalam mana2 bidang pergurusan hidup.

Persoalannya : MAMPUKAH DIA MENGURUS TAKBIR KEHIDUPANNYA SENDIRIAN?

2. Andai di takdirnya anak2 tuan/puan handal dan bijak mengurus segala hal kehidupannya sendirian, ALHAMDULILLAH. Tapi bagaimanakah jika anak2 tuan/puan di ketika ini sedang bingung mencari strategi & langkah2 dalam menguruskan kehidupannya sendirian?

SIMPTOM2 KEBINGUNGAN :

-  kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan.
-  mudah berputus asa.
-  perasaan bersalah dan tidak berguna.
-  gangguan tidur atau tidur berlebihan.
-  hilang selera makan.
-  berperasaan lebih baik mati.
-  rasa tidak tenteram.
-  sukar membuat keputusan.

3. Dengan ini sekali lagi saya menyeru Ibu Bapa diluar sana supaya kembali ke pangkuan anak2 bukan sekadar memberi wang ringgit dan keselesaan hidup malah turut berperanan menjiwai anak2 memahami anak2 dan menyelami masalah bersama anak2.

akhir kata,
Kematangan seseorang bukan sekadar keluarnya air mani (lelaki) dan darah haid (perempuan) tetapi, kematangan seseorang adalah kemampuannya membuat keputusan sendirian yang drastik di dalam kehidupannya sendiri.

Sekian, terima kasih.

____/]__/]/]___/]_
Mawar Hitam.
------------------------------.




No comments:

Post a Comment