Saturday, June 22, 2013

Please... (T_____T)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.


Sepi...


Itu adalah apa yang sedang aku alami. Satu perasaan yang memaksa aku untuk berseorangan berada di dalam kegelapan. Mungkin itu keadaan yang dapat menenangkan fikiran aku dan membantu aku melupakan seketika haluan hidup aku.

Aku masih tercari-cari apakah yang sedang menghantui diri dan fikiran aku sehinggakan aku merasa sentiasa berseorangan walaupun aku sendiri berada di sebuah rumah yang jelas di situ adanya ibu aku, bapa aku dan juga keluarga aku.


   Kosong...


Sungguh aku percaya yang aku punyai agama, aku punyai tuhan, aku punyai keluarga dan aku punyai jalan aku sendiri. Tapi ntah kenapa hidup aku menjadi serba kekurangan dan jiwa aku menjadi serba kekosongan. Aku seolah-olah boneka yang hidup hanya sebagai alasan bahawa di bumi ini adanya manusia.

Andai manusia berkata :

"Ahhh, tu semua kaqot ! Hang yang meqonta soqang2 tu pasaipa?"

"Baik hang caqi qeja lagi bagoieh daqi hang dok meqapu soqang2 macam neyh!"

Hai manusia.
Memang bijak bila berkata, pantang disapa terus melenting.
Andai aku berdiam yang merasa dan sensara bukan kau tapi aku.
Andai aku melawan yang merasa dan berdosa bukan kau tapi aku.

Hidup adalah ketentuan ALLAH
Bodoh adalah ketentuan diri sendiri

Apakah ini suatu keadilan? Di mana sifat memahami manusia? Di mana sifat sabar manusia? Apakah? 



Mawar Hitam.


No comments:

Post a Comment