Sunday, June 9, 2013

Yaa Allah (T_____T)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





                                                                                                                                       09 Jun 2013

Yaa Allah,

Aku memohon keampunan kepada Mu.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku berjaga dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku tidur.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku bergelak ketawa dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku menangis.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku menyayangi dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku membenci.

Yaa Allah,

Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku dapat makan dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku lapar.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku lantang berkata-kata dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku terdiam sendiri.
Aku sedar selama ini aku melupakan Mu di ketika aku marah dan Engkau sentiasa ingat kepada aku di ketika aku sabar.

Yaa Allah,

Aku merayu kepada Mu Tuhan Sekalian Alam.
Janganlah Englau melupakan aku di ketika aku mati meninggalkan alam ini, kerana aku akan sentiasa ingat kepada Engkau dalam sisa baki hidup aku ini.

Sekian,

Hambamu yang lemah.

__/]__/]______/__/]___
-------------------------------

Mohd Azim Mohd Akir.
(Mawar Hitam)

 




No comments:

Post a Comment