Friday, August 30, 2013

*wahai sahabatku--

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

*wahai sahabatku, ketahuilah betapa aku amat menyayangimu-- dalam hidupku, -melihat senyumanmu membahagiakan -mendengar gelak tawamu mengembirakan-- apatah lagi mengetahui bahawa kamu bergembira disamping keluarga, lantas aku yang tersenyum seolah-olah terlihat syurga dunia--

*wahai sahabatku, nor syahirah abdullah zawawi-- sungguh kamu mengetahui dan mengerti apa yang tersirat yang terbuku dihatiku-- iyaa, sungguh aku mencintaimu-- aku amat mencintaimu tanpa pengetahuanmu-- sejak pertama kali aku melihatmu telah pun wujud perasaan itu-- maafkan aku kerana gagal menahan perasaan hati aku, mencintaimu seorang sahabat tanpa kebenaranmu dan tanpa sengaja membiarkan ianya melimpah kedalam jiwaku-- untuk pengetahuanmu, terlebih dahulu mengeratkan cinta aku padamu adalah keluarga sejahteramu itu-- itu tarikan bagi aku-- maafkan aku sahabat--

*wahai sahabatku, sofiyatul badariah abdul sani-- kejayaan menawan hatimu bukan semudah abc-- puas aku cuba melembutkan hatimu pada permulaan perkenalan kita akhirnya kamu sahabat terbaik buat aku-- kelebihanmu telah pun aku akui menambat hatiku, -denganmu aku tersenyum -melihatmu aku tersenyum -mendengar suaramu aku tersenyum dan -melihat telatahmu juga buat aku tersenyum-- tanpamu aku akui dijiwaku resah dan gelisah-- sungguh aku amat menyayangimu-- percayalah andai aku kehilangan kaum keluargaku, nescaya kamu insan pertama sebagai arah tujuku--

*wahai sahabatku sekalian-- dek kerana kamu seolah-olah ahli keluarga aku hendakNya, ingin aku memberi satu nasihat sepertimana telah aku berikan pada saudaraku sendiri-- hal kepentingan buat insan bernama wanita-- dan pasti suatu kelemahan buat insan bernama lelaki--

*wahai sahabatku, Demi Allah-- apa yang dikhayalkan oleh seorang lelaki ketika dia melihat gadis adalah gadis itu bertelanjang tanpa sebarang pakaian-- maka jagalah auratmu-- beratkanlah cara pemakaianmu agar tidak menjadi insan yang rugi-- aku bersumpah Demi Allah-- jangan percaya terhadap kata-kata SEBAHAGIAN daripada lelaki yang menyatakan mereka memandangmu kerana adab dan akhlak-- berbicara denganmu seperti seorang sahabat tetapi mencintaimu hanya sebagai teman akrab-- BOHONG! BOHONG! BOHONG! Demi Allah dia berbohong--

percayalah--

sekian, sahabatmu.

Mohd Azim Mohd Akir.



Thursday, August 29, 2013

CRAZY PEOPLE

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

 ~ NSAZ ~




 ~ NSAZ ~








 ~ NSAZ ~






 ~ NSAZ ~
 
 




 ~ NSAZ ~
 
 




 ~ NSAZ ~
 
 




 ~ NSAZ ~
 
 




 ~ NSAZ ~
 
 




 ~ NSAZ ~
 
 




 ~ NSAZ ~
 
 





Sunday, August 25, 2013

~ gadisku ~

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.



~ gadisku ~

gadisku
kau sangat mempersona...kau sangat menarik
kau begitu sempurna bagiku
tapi
aku hanya manusia yang lemah
yang tak mampu ungkapkan kata
jika aku berada disampingmu...aku hanya mampu terdiam membisu


 gadisku
aku cinta padamu
mencintaimu sedalam lautan...menyayangimu setinggi langit
tapi
aku sedar dan aku mengerti
aku hanya memandang dan menunggu...bintang yang tak kan pernah jatuh ke tangan
 
 
gadisku
aku akan bertahan
pertahankan semua rasa yang ada
agar aku dapat merasakannya...kebahagiaan itu untuk selamanya
walaupun hanya sebatas impian


 Sekian.

Mohd Azim Mohd Akir ( Mawar Hitam).



Wednesday, August 21, 2013

Kiamat Ooo Kiamat

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

* DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG *





Sebagaimana firman Allah SWT pada ayat 1 dan 2 surah Al-Haj yang bermaksud :

" Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa pada hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat ( peristiwa-peristiwa yang mengerikan ) itu, tiap-tiap ibu yang menyusukan akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandungkan anak akan menggugurkan anak yang dikandungkannya, dan engkau akan melihat manusia mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat ( mengerikan ) ".

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.






1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari






2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim





3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah






4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.






5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.






6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad






7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani






8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad






9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.





10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani





11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim



 


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad







13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim







14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai





15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

* SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM *


Mohd Azim Mohd Akir ( Mawar Hitam ).









Tuesday, August 20, 2013

Saudaraku

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.


* DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG *






 Saudaraku
mungkin jasad kami tak berada di sana
Saudaraku
mungkin menteri kami tak berani untuk membantu
Saudaraku
mungkin hanya limpahan doa dan untaian kata yang dapat kami berikan

Semoga ini dapat melegakan hati kalian dan memberi semangat kepada kalian yang membara berjuang di bumi para Nabi kami.






Entahlah, apakah ada ikatan yang lebih kuat dari dua kalimat syahadat atau kita yang sudah terperdaya dengan segala tipu muslihat.

maka sangatlah wajar kataku...

Jika diakhir hidupnya Rasul mengucap...

" umatku... umatku..."






 Mohd Azim Mohd Akir (Mawar Hitam).





My PM =)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Ahli Sunnah Wal Jamaah
Mohd Azim Mohd Akir,
98, Taman Pelangi,
Jalan Kuala Kedah,
06600, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

______________________________________________

Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia. 20 AUG 2013

Tuan,

DESAKAN SUPAYA SIDANG KHAS PARLIMEN DIADAKAN BAGI MEMBINCANGKAN KRISIS MESIR.
---------------------------------------------------------------

Saya seperti nama dan alamat di atas mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengadakan sidang khas Parlimen dengan kadar segera.

1) Kerajaan Malaysia mesti bersuara dalam isu Mesir berikutan ia melibatkan Umat Islam. Sidang khas Parlimen mesti diadakan dengan kadar segera bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian berkenaan isu kritikal di Mesir.

2) Kerajaan Malaysia mesti tunjukkan solidariti mengutuk kekejaman tentera Mesir dalam sidang khas Parlimen. Jangan sampai rakyat Mesir yang tidak berdosa yang juga saudara Islam kita habis dibunuh.

3) Kerajaan Malaysia mesti membuat gesaan melalui sidang OIC. Suara dalam sidang OIC akan lebih didengari di peringkat antarabangsa melalui sokongan daripada anggota OIC yang lain. Kita mesti bertindak segera.

Atas keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap isu Mesir, saya berdoa agar Malaysia terus aman dibawah pemeritahan Perdana Menteri Malaysia.

Sekian,

____/\__/{__}\__

Mohd Azim Mohd Akir.


DIA ADA =)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.
 


 


pathetic.

i hate the word so much that whenever someone around me become so pathetic, the hatred just shifted towards them.

tidak kah kamu tahu tindakan kamu sungguh pathetic?

dari rasa kasihan, aku jadi marah.

marah melihat kamu terlalu mahu melukakan diri sendiri sedang kamu ada pilihan yang lebih baik?

gila.

manusia kini gila.

yang merosakkan itu yang paling disukai.
yang menyakitkan itu yang paling dicintai.

kalau sudah terang orang tidak sukakan kamu, TINGGALKAN.
kalau sudah terang hal itu menyakitkan, LEPASKAN.

pelik.
dimahu usung juga yang membebankan jiwa.
yang mengundang air mata.
bukan setakat dengan orang lain, dengan diri sendiri juga mahu berlawan kata.
menidakkan hal yang terang dijelaskan akal-mu itu.

kembalilah.

Allah kan ada.
DIA ADA.

dekat.amat.dengan.kamu.

so, stop being pathetic person. please. it hurts.

nota: saat2 ummah tengah kritikal ni, masih lagi ada manusia Islam yang begitu mahu menagih cinta manusia. gila.
 
* COPY PASTE FROM SOMEONE *

Saturday, August 17, 2013

~ IMissYou ~

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.


Aduyai... Rindu setengah mati aku dibuatnya... Sengaja aku lihat ke atas, mana mungkin aku dapat lupakan dia... Walau dipaksa namun aku akui dia masih melekat di hati...


~ IMissYou ~

Awak...
saya mintak maaf untuk satu sebab, saya langsung tak dapat lupakan awak. Puas saya pejam mata namun awak yang saya nampak. Puas saya pandang jauh kehadapan namun awak yang saya nampak.

Awak...
saya mintak maaf untuk satu sebab, saya terlalu rindukan awak. Puas saya menahan diri dari terfikir tentang awak namun bayangan awak terus muncul. Puas saya cuba untuk lupakan awak namun mimpi saya tetap melihatkan awak.

Awak...
saya mintak maaf untuk satu sebab, saya akui saya cintakan awak. Walaupun berjauhan namun hati tetap tidah berubah. Walaupun tak berjumpa namun hati tetap tidak lupa.




Sekian,


Mohd Azim Mohd Akir ( Mawar Hitam).



Kepunyaan Allah SWT.

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Berkuasa, Allah Yang Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi. Yang menciptakan alam semesta yang penuh dengan keindahan.

“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.” Surah Luqman : Ayat 26

Lumrah manusia memang di jadikan untuk menyukai, mencintai dan menginginkan sesuatu yang cantik... Tak kira lah apa bentuk Nikmat pun, mesti inginkan yang cantik-cantik... Pantang tengok perkara yang cantik-cantik, pasti terpegun dengan ciptaan Illahi... Hihi =)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi).

MasyaALLAH, sedang tangan aku bertinta menaip setiap butir-butir bicara dari hati, tetapi otak aku, akal aku sentiasa fikirkan perkara-perkara indah yang di ciptakan Tuhan.. Allah, aku tersenyum sendirian... =)


 Keindahan Air Terjun Dunia...


















MasyaALLAH, SubhanALLAH. Cantiknya... Tidak terungkap dengan kata-kata. Indahnya Ciptaan Allah, Hati yang gusar boleh jadi tenang... Apabila kita tengok pada keindahan Alam, maka kita akan ingat pada ALLAH S.W.T kan? Alhamdulillah...



 Keindahan Pantai Dunia...

















 Keindahan Bunga Dunia...

Aku suka pada bunga. Kenapa? Sebab bunga cantik kowt... Bunga melambangkan wanita...
Walaupun aku lelaki tapi aku sangat menghormati kaum wanita... Aku sanjung pada kaum wanita... Wanita di ibaratkan bunga mungkin kerana keindahannya...

Ada juga yang bilang "hati wanita ibarat kaca" mungkin kerana kehalusan perasaannya... Itu pendapat aku larh. Dan manusia juga sering kaitkan wanita dengan bunga contohnya ketika mahu meminang anak dara orang, mesti orang tua-tua kata “Mahu memetik bunga di taman” yang bermaksud mahu meminang anak gadis jagaan mereka lah.


Ada juga pepatah lain yang mengibaratkan wanita ini sebagai bunga contohnya, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekuntum. Maksudnya,lelaki bukan seorang, dan wanita pun bukan 1 di dunia ni. :D






















Ehhh... Cakap bunga tapi yang ada sejenis jaaa... Bunga Mawar... Hahahahaha... Dah aku suka bunga mawar nak wat macam mana dol! =) Kenapa Mawar?

Dalam isu keagamaan pun ada yang mengibaratkan wanita seperti bunga.

Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya.
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan.
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar. Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.” 

Tiba-tiba teringat bunga yang baru dilihat tadi Cantik, tapi ada duri.

Aku bermonolog sendirian “ish, bunga ini ada duri, bahaya kalau pegang ni”.

Orang pun tak nak pegang bunga yang ada duri, kalau macam ni nak pilih Mawar larh =)
 .





Allah yang Maha Besar, Allah Yang maha Berkuasa, Allah yang Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi. Yang menciptakan alam semesta yang penuh dengan keindahan.


Sekian,

Mohd Azim Mohd Akir (Mawar Hitam).