Saturday, August 17, 2013

Kepunyaan Allah SWT.

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Berkuasa, Allah Yang Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi. Yang menciptakan alam semesta yang penuh dengan keindahan.

“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.” Surah Luqman : Ayat 26

Lumrah manusia memang di jadikan untuk menyukai, mencintai dan menginginkan sesuatu yang cantik... Tak kira lah apa bentuk Nikmat pun, mesti inginkan yang cantik-cantik... Pantang tengok perkara yang cantik-cantik, pasti terpegun dengan ciptaan Illahi... Hihi =)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi).

MasyaALLAH, sedang tangan aku bertinta menaip setiap butir-butir bicara dari hati, tetapi otak aku, akal aku sentiasa fikirkan perkara-perkara indah yang di ciptakan Tuhan.. Allah, aku tersenyum sendirian... =)


 Keindahan Air Terjun Dunia...


















MasyaALLAH, SubhanALLAH. Cantiknya... Tidak terungkap dengan kata-kata. Indahnya Ciptaan Allah, Hati yang gusar boleh jadi tenang... Apabila kita tengok pada keindahan Alam, maka kita akan ingat pada ALLAH S.W.T kan? Alhamdulillah...



 Keindahan Pantai Dunia...

















 Keindahan Bunga Dunia...

Aku suka pada bunga. Kenapa? Sebab bunga cantik kowt... Bunga melambangkan wanita...
Walaupun aku lelaki tapi aku sangat menghormati kaum wanita... Aku sanjung pada kaum wanita... Wanita di ibaratkan bunga mungkin kerana keindahannya...

Ada juga yang bilang "hati wanita ibarat kaca" mungkin kerana kehalusan perasaannya... Itu pendapat aku larh. Dan manusia juga sering kaitkan wanita dengan bunga contohnya ketika mahu meminang anak dara orang, mesti orang tua-tua kata “Mahu memetik bunga di taman” yang bermaksud mahu meminang anak gadis jagaan mereka lah.


Ada juga pepatah lain yang mengibaratkan wanita ini sebagai bunga contohnya, kumbang bukan seekor dan bunga bukannya sekuntum. Maksudnya,lelaki bukan seorang, dan wanita pun bukan 1 di dunia ni. :D






















Ehhh... Cakap bunga tapi yang ada sejenis jaaa... Bunga Mawar... Hahahahaha... Dah aku suka bunga mawar nak wat macam mana dol! =) Kenapa Mawar?

Dalam isu keagamaan pun ada yang mengibaratkan wanita seperti bunga.

Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya.
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan.
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar. Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.” 

Tiba-tiba teringat bunga yang baru dilihat tadi Cantik, tapi ada duri.

Aku bermonolog sendirian “ish, bunga ini ada duri, bahaya kalau pegang ni”.

Orang pun tak nak pegang bunga yang ada duri, kalau macam ni nak pilih Mawar larh =)
 .





Allah yang Maha Besar, Allah Yang maha Berkuasa, Allah yang Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi. Yang menciptakan alam semesta yang penuh dengan keindahan.


Sekian,

Mohd Azim Mohd Akir (Mawar Hitam).


No comments:

Post a Comment