Tuesday, August 20, 2013

My PM =)

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Ahli Sunnah Wal Jamaah
Mohd Azim Mohd Akir,
98, Taman Pelangi,
Jalan Kuala Kedah,
06600, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

______________________________________________

Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia. 20 AUG 2013

Tuan,

DESAKAN SUPAYA SIDANG KHAS PARLIMEN DIADAKAN BAGI MEMBINCANGKAN KRISIS MESIR.
---------------------------------------------------------------

Saya seperti nama dan alamat di atas mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengadakan sidang khas Parlimen dengan kadar segera.

1) Kerajaan Malaysia mesti bersuara dalam isu Mesir berikutan ia melibatkan Umat Islam. Sidang khas Parlimen mesti diadakan dengan kadar segera bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian berkenaan isu kritikal di Mesir.

2) Kerajaan Malaysia mesti tunjukkan solidariti mengutuk kekejaman tentera Mesir dalam sidang khas Parlimen. Jangan sampai rakyat Mesir yang tidak berdosa yang juga saudara Islam kita habis dibunuh.

3) Kerajaan Malaysia mesti membuat gesaan melalui sidang OIC. Suara dalam sidang OIC akan lebih didengari di peringkat antarabangsa melalui sokongan daripada anggota OIC yang lain. Kita mesti bertindak segera.

Atas keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap isu Mesir, saya berdoa agar Malaysia terus aman dibawah pemeritahan Perdana Menteri Malaysia.

Sekian,

____/\__/{__}\__

Mohd Azim Mohd Akir.


No comments:

Post a Comment