Saturday, October 26, 2013

Tasik Tanah Runtuh

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.


Aku memanggil kau untuk katakan
Betapa aku berusaha membuat kau ketawa
Untuk memberi senyuman kepada kau

Ada sesuatu yang tak mampu aku jelaskan
Aku terlalu menyayangi kau
Tapi kau tak pernah mengendahkannya

Sudah aku katakan lebih seratus kali sebelum ini
Malah aku ingin katakan lebih sejuta kali selepas ini
Tapi kau tak pernah mengendahkannya

Aku mahu melihat kebuktian kesaksian
Yang kau mampu hidup gembira tanpa kelibat aku
Tertanya adakah kau menyayangi aku









Sekian , 

Mohd Azim Mohd Akir .


Thursday, October 24, 2013

Rindu Kau Yang Dulu

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




Aku ada hati .
Aku boleh rasa , aku boleh sayang , aku juga boleh cinta .
Aku boleh cemburu , aku boleh marah , aku juga boleh benci .

Memang kau yang aku sayang .

Aku rindu kau yang dulu .
Yang selalu setia temani aku .
Saat aku sedih hanya kau yang mengerti aku .

Aku takkan marah , aku takkan benci .
Aku takkan sakit hati dan takkan kata apa-apa

Cuma aku rindu . Rindu kau yang dulu .


Sekian ,

Mohd Azim Mohd Akir .


Aku , Kamu & Dia

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Siapapun yang mencintai orang lain

Hatinya akan merasai sakit
Namun tanpa cinta
Dunia macam tak bermakna

Aku Sayang Kamu , Aku Cinta Dia

Dalam meniti arus persahabatan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir aku jatuh hati padanya
Kerana takdir juga aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu , tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana
Aku masih mencintai dia
Aku masih merindui dia
Aku masih termimpikan dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya menghiasi kenangan aku
Dan kamu adalah teman hidupku
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beri aku masa , beri aku peluang
Untuk mencari sejauhmana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahami aku


Sekian,

Mohd Azim Mohd Akir.


Wednesday, October 23, 2013

Hati Batu

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.




Aku mahu miliki hati batu .
Aku mahu hati aku menjadi batu .

_____________________________

Hati batu ----------> Tiada perasaan

Tiada perasaan ----------> Keras hati
_____________________________


Ahaks .
Sungguh bodoh aku rasakan kenapa mesti aku miliki hati batu . 
Sungguh bodoh aku rasakan kenapa mesti aku mahu hati aku menjadi batu .

Sedangkan ... sebelum ini hati aku seperti agar-agar yang mudah terbentuk dan dibentuk . Mudah terasa dengan perbuatan mahupun hanya sepatah kata . Mudah bermesra dan mudah merasai permasalahan orang lain . Pedulikan soal linangan air mata yang tak pernah kenal erti kekeringan .

Abaikan ... siksa dan perit yang aku rasakan hanya aku yang dapat rasa . Sering kali mengganggu kehidupan aku , sampai bila ? . Memang sikap aku yang mudah terasa . Semakin aku sayang semakin aku terasa , hinggakan keluarga aku sendiri bertapis berlapis-lapis membuka bicara dengan aku .


*************************************

aku mahu hati aku menjadi kering
yang tak punyai rasa apa-apa
aku mahu hati aku menjadi hati batu
yang tak peduli apa orang lain kata

**************************************

Duhai hati ,

Jangan kau marah aku . Aku cuma mahu ketenangan .


Sekian ,

Mohd Azim Mohd Akir


Never Die

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.





Aku tak marah dengan kehidupan aku . Aku tak benci dengan kehidupan aku . Cuma aku menjadi bingung dengan corak kehidupan aku yang tidak menentu . Sungguh ia membuat aku jatuh dalam kehidupan sendiri .

Ke mana harus aku pergi ? Kepada siapa hendak aku luahkan ? Kepada siapa hendak aku salahkan atau diri aku sendiri ? Apa harus aku lakukan ? Tuhanku , adakah aku gila ?

Aku tak pernah terfikir yang aku akan hidup dalam kekosongan sebegini . Aku tak pernah terfikir yang aku akan hidup dengan menanggung kesakitan sebegini .

Adakah dengan , " aku tak pernah terfikir semua ini adalah salah aku " sebenarnya adalah kesilapan yang membawa aku jauh dari kehidupan yang nyata .

************************************************************************

Kesedihan , keperitan , kesakitan dalam kehidupan banyak mengajar aku untuk menerima segala pembaharuan dan permulaan baru dalam kehidupan aku .

Untuk memberi senyuman walaupun menyakitkan . Untuk mencapai sesuatu yang tinggi walaupun aku sedar tiada siapa disana . Untuk bercita-cita mulia dan tidak berputus asa .

Semua ini adalah kerana aku percaya permulaan hari sentiasa ada matahari yang akan muncul di sebalik penghujung gelap malam .

____________________________________________________

andai mata aku penuh sesak dengan penderitaan & kesakitan
nescaya kecurahan jernis air mata ke atas pipi ini suatu kepastian
andai ada mata bertentang dengan aku dan mendapati air mata aku hilang
percayalah bahawa aku sedaya upaya menahan untuk memastikan air mata aku tersembunyi 

___________________________________________________


Sekian ,

Mohd Azim Mohd Akir .


Saturday, October 5, 2013

< Koleksi Batu >

Assalamualaikum ...

This is Mawar Hitam.

Hyee guys . Gua nak cite sikit tentang cincin batu permata . Orang cakap cincin batu permata ini ada keistimewaannya tersendiri . Bagi yang minat , tiada harga bagi batu tersebut kerana apa yang penting adalah memilikinya .

Gua adalah antara yang meminatinya , tapi ketahuilah bahawa gua belum lagi taksub dengannya . Tapi tak semua larh gua akan cita sebab gua akan cita tentang cincin dalam koleksi gua ja . Okeyh ? Sekadar menambah pengetahuan .

Segala puji hanya milik ALLAH SWT .

Ini antara koleksi cincin batu permata yang gua ada ... dan tentang khasiatnya sekali .



:: Cincin Batu Delima Merah ( Ruby )






Ruby atau Delima Merah dikenali kerana warna merahnya yang mengambarkan perasaan cinta , kuasa dan kemegahan . Inilah raja bagi segala batu permata atau dikenali sebagai " King Of Germstone " yang popular diseluruh nusantara bahkan di seluruh dunia . Batu ini sebenarnya terdapat dalam warna merah jambu ( pink ) dan merah hati ( merah tua ) . Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 skala Mohs . Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir . Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan , membuka hati seseorang terhadap rasa cinta dan menjadikan orang patuh kepada pemakainya .



:: Cincin Batu Mata Kucing ( Cat's Eye )







Batu Mata Kucing atau Cat's Eye diberi nama kerana apabila didalam kegelapan atau punyai sedikit cahaya , maka akan muncullah segaris sinar pada batu ini dan mirip mata haiwan yang bernama kucing . Inilah keuniknya batu ini hinggakan ramai orang tergila-gilakannya . Batu Cat's Eye ini banyah terdapat dalam warna coklat kehitaman , kuning madu , dan warna hijau muda . Cat's Eye mempunyai daya ketahanan yang kuat kerana skala kekerasannya 8-9 Mohs . Batu Mata Kucing ini adalah batu yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang baik . Kelebihan batu ini dimata umum adalah memberi keyakinan dan menjadikan lawan / musuh gerun dan takut pada si pemakai . Ia juga memberikan aura penarik kepada si pemakai .



:: Cincin Batu Geliga Ular





Geliga Ular atau Buntat Ular atau Batu Ular sebenarnya mempunyai perbagai bentuk mengikut jenis ular . Ada yang berbentuk kristal , ada yang berbentuk seakan-akan batu keras , ada yang berwarna gelap tapi lut sinar bila dialukan cahaya putih terang . Namun begitu , geliga ular memang terkenal di alam mistik dan dia adalah sesuatu yang dicari oleh penggemarnya . Geliga Ular ini akan bercahaya didalam kegelapan . Ia mempunyai pelbagai kebaikkan dan faedah kepada siapa yang memilikinya . Antaranya adalah peninding diri , penunduk @ penggerun , penarik pelbagai bisa terutamanya haiwan berbisa ( perubatan ), dan penarik rezeki .



:: Cincin Batu Baiduri Hitam







Cincin Batu Baiduri Hitam apabila di kenakan kepada cahaya diwaktu malam , ia kan terpancar seolah-olah sebutir bintang di atas permukaannya . Cincin ini amat sesuai dijadikan sebagai pemanis diri dan pengasih kepada si pemakai . Ia juga boleh dijadikan sebagai penarik rezeki .



:: Cincin Batu Nilam ( Shaphire )







Batu Nilam juga biasa disebut sebagai saphire atau safir . Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida dan menyebabkan nilam mempunyai kekerasan yang cukup tinggi iaitu 9 skala Mohs . Nilam terkenal di dunia berwarna biru atau dikenali sebagai safir biru . Nilam juga boleh didapati dalam warna kuning , hitam dan putih tetapi harganya tidak setanding dengan nilam biru . Keistimewaan nilam dimata umum ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya .



:: Cincin Batu Gunung Berapi 






Batu Gunung Berapi
dipercayai mempunyai tenaga berasaskan galian lahar gunung berapi . Ia berupaya menyerap tenaga tersebut kepada bio - tenaga . Bio - tenaga berupaya meningkatkan aktiviti molikul-molikul air didalam tubuh manusia dan membawa kebaikkan kepada metanolik tubuh , memperbaiki sistem edaran darah , dan membantu penjagaan kesihatan holistik .




Segala puji hanya milik ALLAH SWT .

Gua tak cakap gua percaya dan gua tak suruh percaya . ini cuma perhiasan dan sunnah Rasulullah . Tapi ia mempunyai sifat tersendiri seperti garam sifatnya masin dan gula sifatnya manis . Segalanya dengan izin Allah .


Sekian .


Wednesday, October 2, 2013

MEREKA SAHABAT AKU

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.

MEREKA SAHABAT AKU

Aku sering teringatkan akan senyuman mereka . Memandangku dengan senyuman yang sering menerangi hidup aku . Mereka sahabat aku . Mereka selalu menyatakan kepadaku akan sesuatu yang menyenangkan aku , iaitu " kata-kata semangat " . Kata-kata semangat yang muncul dari bibir manis mereka dengan senyuman yang terpancar dari wajah mereka .




MEREKA SAHABAT AKU

Mungkin bagi kalian mereka adalah orang yang tak berguna . Tapi bagi aku , mereka sangat berharga dalam hidup aku . Bagi aku , mereka adalah keluarga aku . Aku akan tetap mempertahankan mereka dalam apa jua keadaan agar mereka akan sentiasa bersama aku untuk selamanya . 




MEREKA SAHABAT AKU

Tidak kiralah siapa mereka bagi kalian . Mereka yang menghulurkan tangan membantu aku tanpa rasa jemu dikala aku jatuh tersungkur agar aku dapat bangun berdiri bersama mereka . Mereka yang menegur aku dikala aku terlepas pandang tentang hal-hal hukum tatasusila agama agar aku dapat menjadi yang terbaik .




MEREKA SAHABAT AKU

Jika besok adalah hari dimana permulaan bagi aku untuk hidup tanpa mereka , itu adalah hal yang paling aku kesali . Mungkin aku tak mampu memberi apa-apa pada hari ini , tapi di hari mendatang . InshaaAllah akan aku berjuang memastikan sesuatu yang berharga milik aku menjadi milik mereka agar senyuman dan kata-kata semangat dari mereka tak padam dan lekang untuk aku .


* Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mengsia-siakan sahabat yang dicari . - Saidina Ali -


* Sofiyatul Badariah Abdul Sani & Nor Syahirah Abdullah Zawawi

- walaupun kita berlainan jantina , tempat belajar , asal usul , cara dan perjuangan hidup , namun takdir telah menemukan kita - ketahuilah bahawa kalian tak pernah lekang dari dalam doa azim - azim sayang sahabat azim , semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya .


Sekian,

Mawar Hitam. 


Tuesday, October 1, 2013

Jerat Sendiri

Assalamualaikum...

This is Mawar Hitam.



Kenapa perlu dipaksa
jika tidak tertulis aku dan dia
lepaskan ! biar dia pergi

Otak aku tidak mampu lagi
mungkin sudah waktunya aku harus pergi
berat benar langkah

dulu aku mengharap..." kau hanya senyap
kini aku berharap..." agar aku yang senyap

Aku manusia biasa
bagus tidak
sempurna jauh sekali
Aku manusia biasa
yang punyai perasaan

Maafkan aku andai terlanjur
menyayangimu
mencintaimu

Aku pergi cari diri selami dunia ini
Redha tentuan Illahi


Mohd Azim Mohd Akir.