Tuesday, December 10, 2013

Surat Ketiga Dari MAMA .

Mohd Azim Mohd Akir,
A-1-17,Pangsapuri Cempaka Sari,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

10.12.2013
Selasa / 11.45pm.


Kehadapan sahabatku yang mungkin telah melupakan aku dalam kehidupan seharian mereka. Semoga sahabatku bergembira selalu.

Sahabatku,

Mungkin kau berdua pikir aku telah lupakan kau berdua. Stop !

Kita Heart To Heart la erk.
Sebenarnya aku tak pernah lupakan kau berdua. Tak pernah aku berhenti melihat potret wajah kau berdua dalam hari-hari aku. Kerana gambar-gambar kau berdualah yang menghiasi ruangan memori phon aku. Sungguh aku rindu kau berdua. Aku rindu kenangan bersama kau berdua.

Sahabatku,

Kita Heart To Heart la erk.
Sebenarnya aku tak pernah terpikir Syai ingatkan aku. Aku tak pernah terfikir Syai bimbangkan aku atau ambil tahu pasal aku. Ntah la. Memang itu pun hakikatnya kan. So, Aku nak rindukan dia lelebih pun rasanya macam sia-sia. Aku mengaku aku rindu Syai, tapi aku lebih rindukan Pek. Walaupun aku mengaku kedua-duanya tetap ada dalam hati aku untuk selamanya.

Sahabatku, Pek.

Aku tak tahu sama ada kau baca surat ini atau tak tapi aku akan tetap tulis semampu aku dengan harapan kau akan baca semua surat aku. Pek, ntah kenapa aku terlalu rindukan kau. Setiap hari aku bangun dari tido aku pegang phon aku sedayh. Harapan aku agar aku terima satu msg dari kau tak pernah terjadi. Sebelum tido tangan aku nak saja taip msg send "good night" kat kau tapi aku tak boleh. Aku tak boleh buat semua tu. Aku kena belajar hidup tanpa kau. Hmmm~

Sahabatku, Pek.

Kau masih ingat rakaman suara kau dalam phon aku? Aku ada lebih kurang sepuluh rakaman suara kau Pek.
Setiap kali aku rindu kau aku dengar suara kau. Aku pikir saat kita rapat dulu. Aku tak segan untuk call kau tanya khabar, bergurau senda, cerita masalah. Aku rindu saat tu Pek. Aku rindu suara kau. Aku rindu sindiran kau. Aku rindu perangai kau yang gila-gila. Oh ya, aku rindu juga untuk menyebut perkataan "bulan". Bulan yang pernah menyinari hari-hari aku dahulu kala.

Sahabatku, Syai.

Sebenarnya aku ingatkan xnak tulis apa2 untuk kau jamah tapi aku tak dapat lari dari kenyataan. Oooo Syai, walaupun kau hati batu, keras kepala, keras hati, keras segalanya sekeras-keras yang mungkin, aku tak pernah menolak kau dari hidup aku. Disebalik tabir aku rindukan Pek, aku jugak tak pernah berhenti rindukan kau Syai. Aku rindu segalanya tentang kau. Teguran kau. Nasihat kau. Aku rindu pada senyuman kau, renungan mata kau dan aku rindu gelak tawa kau. Kau tetap bintang aku untuk selama-lamanya dan tiada pengganti bagi kau wahai bintang. Hmmm~

Sahabatku,

Semoga kau berdua tak pernah lupakan aku. Walaupun mungkin kau berdua dapat lupakan aku, aku harap kau berdua jangan lupakan kenangan kita bertiga, susah senang yang pernah kita alami selama ini. setakat ini saja. Jaga diri jaga solat jaga aurat dan jaga mulut.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment