Tuesday, January 28, 2014

LOVE for WHO ?

Cinta. Yup, aku pernah dilamun cinta. Aku pernah menyintai dan dicintai. Dan aku juga pernah disakiti. Beruntunglah aku, aku diberi peluang untuk merasa perasaan menyintai untuk kedua kalinya dalam seumur hidup aku. Ya, aku pernah jatuh cinta untuk kedua kalinya. Lain jiwa lain manusia lain rasanya. Hingga disaat ini aku masih lagi menyintai tapi sayang, kali ini aku tidak merasa dicintai sebagaimana kali pertama aku menyintai.

Cinta. Aku selalu mengharapkan cinta itu milik aku. Segala apa yang aku lakukan, seolah-olah aku mahu dia mengetahuinya. Cinta itu membawa satu perasaan yang mendalam terhadap dia. Hinggakan aku sentiasa mahu tahu dan ambil tahu tentang setiap kehidupan dia dan keluarga dia. Setiap kata-kata yang keluar dari bibir dia akan diambil berat oleh aku. Setiap gerak-geri dia akan sentiasa menjadi perhatian aku. Cara dia menanggani ujian hidup dia akan menjadi ikutan terhadap diri aku. Itu dinamakan cinta.

Cinta. Fitrah buat manusia. Anugerah yang amat bernilai dari Maha Pencipta. Satu perasaan yang suci. Satu perasaan yang tidak langsung terkaitnya dengan nafsu. Tinggi tarafnya. Diperhalusi dengan kejujuran dan keikhlasan. Diperkuatkan dengan kesetiaan. Itulah cinta sebenar-benar cinta. Yup, cinta itu sempurna. Aku manusia mengakui mencintai dia yang juga manusia biasa seperti aku.


____________________PERSOALAN_______________________

* Siapa Nabi aku?
- Nabi aku adalah Muhammad Rasul Allah SAW.

* Apakah aku mengaku mencintai Nabi aku?
- Ya, aku mengaku bahawa aku mencintai Nabi aku Muhammad Rasul Allah SAW.

____________________PERSOALAN_______________________


Siapakah gerangan wanita yang dicintai itu jika dibandingkan dengan Nabi aku, Muhammad Rasul Allah SAW? Mencintai Nabi Muhammad Rasul Allah SAW tidak cukup jika hanya sekadar dengan pengakuan semata-mata. Sebaliknya hendaklah dirialisasikan seperti apa yang telah disabdakan oleh Baginda, :

Yang bermaksud:

" Tidaklah salah seorang kalian beriman sehingga aku lebih dia cintai dari anaknya, ibu-bapanya dan seluruh manusia. " Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Apakah aku benar-benar mencintai Nabi aku Muhammad Rasul Allah SAW? Apakah aku mengambil tahu setiap apa yang berlaku dalam kehidupan Baginda? Apakah aku mengenali setiap seorang kaum keluarga Baginda? Apakah setiap kata-kata yang keluar dari mulut Baginda yang berlandaskan Al-Quran itu diambil berat oleh aku? Apakah gerak-geri dan cara hidup Baginda menjadi ikutan dan panduan aku? Dimanakah terletaknya cinta aku terhadap Nabi aku sendiri, Muhammad Rasul Allah SAW???

Astagfirullahalazim...

Kerdirnya cinta aku terhadap Baginda Rasul Allah SAW.

" Yaa Rasul Allah, Yaa Nabi ku Muhammad SAW. Apakah aku punyai tempat bersamamu di syurga kelak? Apakah engkau masih mengaku aku sebagai ummatmu? Apakah aku layak menerima syafaatmu yang satu-satunya jalan untuk aku mengikutmu ke syurga Allah? Bagaimana mungkin aku yang dipenuhi dosa-dosa besar ini layak mengaku sebagai ummatmu wahai Cahaya Matahari. Bagaimana mungkin aku yang dipenuhi dosa-dosa kecil ini layak mengaku sebagai ummatmu wahai Cahaya Bulan Purnama. "

" Yaa Muhammad Rasul Allah SAW. Sedangkan para Nabi sebelummu pun turun beriman kepadamu. Sedangkan para Malaikat pun turun beriman kepadamu. Siapakah aku manusia yang hina ini untuk tidak mencintaimu. Yaa Rasul Allah SAW, aku berjanji kepadamu, akan aku buktikan cinta aku kepadamu. Aku akan jadikan engkau sebagai ikutan aku untuk meneruskan sisa baki hidup aku ini. Aku akan mencintai engkau lebih dari aku mencintai diri aku sendiri dan tak akan ada manusia yang layak aku cintai melebihi aku mencintai engkau wahai Nabiku Muhammad Rasul Allah SAW. Akan aku beriman kepadamu wahai pemberi syafaat. "

Aku percaya, kecintaan aku kepada Muhammad Rasul Allah SAW akan membawa keuntunggan di akhirat kelak. Kecintaan aku kepada Nabi aku Muhammad SAW akan membawa aku ke syurga bersama-sama Baginda kelak. Akan aku menyembah cinta aku terhadapmu wahai kekasihku sepertimana sabdamu,

Yang bermaksud:

" Katakanlah, 'jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Rasul Allah SAW) nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu', Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Ali Imran;31)

Semoga aku dan pemuda pemudi Islam tergolong dalam golongan ummat Muhammad yang menzahirkan kecintaan terhadap Baginda SAW. Ameen.


Sekian,

Mohd Azim Mohd Akir.


Thursday, January 9, 2014

Dia Kekasihku.

Dulu, kau bukan dikalangan kawan aku. Malah nama kau langsung tidak tersenarai dalam senarai kenalan aku di seluruh pelusuk dunia. Aku di dunia aku dan kau di dunia kau. Hingga tiba masa dan waktunya, aku ternampak kau yang sedang bersama kawan-kawan kau di sebuah restoren di Bangi. Kebetulan kau dan kawan-kawan kau itu adalah kenalan kepada teman aku yang turut berada disitu bersama dengan aku. Dari situ, aku bertekat mahu mengenali kau.

Pada kali kedua pertemuan kau dan aku adalah di ruang 'study' hostel desa siswa. Waktu itu aku datang untuk berjumpa dengan teman aku dan pada masa yang sama kebetulan juga kau berada dimeja yang sama. Tapi masa itu terlalu singkat apabila kau dan kawan baik kau sudah pun mahu pulang. Dari situ aku mula bertanyakan tentang diri kau pada teman aku dan dia menceritakan sedikit sebanyak tentang kau dan kawan baik kau itu. Dan kali ini aku betul-betul bertekat mahu mengenali kau.

Pertemuan kali ketiga selepas aku memberanikan diri bertegur sapa dengan kau dan kawan baik kau adalah di sebuah gerai makanan berhadapan dengan hostel desa siswa yang mana aku sendiri menamakan kedai itu sebagai 'kedai mak'. Di situ aku memberanikan diri meminta nombor telefon kau dan kawan baik kau itu. Di situ juga kawan baik kau menamakan kau dan dia sebagai 'SyaiPek' dan disimpankan nama itu di dalam senarai nombor talepon aku. Yes! Aku berjaya menghampiri kau.

Masa demi masa berlalu. Pengenalan demi pengenalan berlaku. Akhirnya aku, kau dan dia menjadi sahabat yang kita bertiga sendiri menamakannya sebagai ''Sahabat Single''. Terlahir dek kerana aku, kau dan dia yang kebetulan masing-masing berstatus 'single' dan berjanji akan terus 'single' sehingga sampai masanya kelak. Itu permulaan persahabatan kita dan itu juga permulaannya kisah cerita penghijrahan aku dari jahil agama aku kepada yang lebih baik dengan izin Allah swt.

Sepanjang persahabatan kita bertiga, banyak perkara yang kita lalui bersama. Susah senang bersama dan gelak tawa turut bersama. Dari Bangi, Kajang ke Port Dickson, Ceras, Hulu Langat, Putrajaya, Kuala Lumpur, Gombak, Sungai Buloh, kita telah jejak hanya dengan kudrat kita bertiga. Kita menghabiskan masa bersama bertiga dengan menonton wayang, bermain bowling, bermain ais skating, karaoke, dan turut bermandi-manda di sungai air terjun. Kita pernah bersama menghadapi kesusahan terpaksa menolak kerata sewa yang mati di tengah perjalanan. Dalam persahabatan yang singkat itu, kita telah cipta dan bina banyak kenangan manis bersama.

Oh ya. Setelah aku cukup rapat dengan kau, di situ aku mula mencipta satu perasaan terhadap kau. Dalam diam aku menyimpan perasaan yang tak pernah kau sangkakan. Aku akui, aku mula sukakan kau. Masa demi masa berlalu. Tiba suatu masa, kau dikejutkan dengan satu berita sedih. Umi kau terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat pendarahan di dalam kepala. Pada masa itu, kau meminta pertolongan aku untuk membantu kau membawa kau ke hospital. Ya, kita bertiga juga berulang alik Bangi-Sungai Buloh dan pulang ke rumah kau di Gombak. Di situ jelas sebuah persahabatan yang amat ukuh.

Aku mula mengenali keluarga kau. Seorang demi seorang aku mula mengenali dan membiasakan diri. Tiba detik di hospital, suatu saat aku terlihat kau menangis teresak-esak. Apakah kekuasaan itu, aku akui bahawa aku jatuh cinta dengan kau selepas melihat perkara itu. Sehinggalah tiba masa pemergian Umi kau yang tercinta. Aku menghadiri solat jenazah dan pengkebumian Umi. Sebak aku melihat keadaan kau yang tidak terurus, letih menghadapi ujian Ilahi. Semoga arwah Umi di tempatkan dalam golongan para hambaNya yang soleh. AL- FATIHAH~

Sejak itu, aku akui mencintai kau sepenuh hati aku. Masa demi masa berlalu, sayang dan cinta aku terhadap kau tak pernah sedikit pun berkurang malah semakin bertambah. Sehingga ke hari ini, kau tetap ada menghiasi hidup aku walaupun dari jauh. Aku berubah dek kerana kau pendorongnya. Aku berubah dek kerana kau permulaannya. Aku berubah dek kerana suci cinta aku terhadap kau. Kau adalah insan terindah dalam hidup aku. Kau jugalah adalah insan yang tetap hidup dalam jiwa aku walaupun pada zahirnya kau begitu jauh dari aku.

Terima kasih aku ucapkan.

Kekasihku,  NOR SYAHIRAH ABDULLAH ZAWAWI.


Tuesday, January 7, 2014

Broken Heart (-__________-)


Kata aku tidak bernada
Ucap aku tidak bermakna
Tingkah aku tidak lagi bernyawa

Hanya kerana..."
Hati aku kau sangka batu. 
Mati.

Ayiem.




Kata aku tidak bernada
Ucap aku tidak bermakna
Tingkah aku tidak lagi bernyawa

Hanya kerana..."
Hati aku kau sangka batu. 
Mati.

Ayiem.




Kata aku tidak bernada
Ucap aku tidak bermakna
Tingkah aku tidak lagi bernyawa

Hanya kerana..."
Hati aku kau sangka batu. 
Mati.

Ayiem.





Kata aku tidak bernada
Ucap aku tidak bermakna
Tingkah aku tidak lagi bernyawa

Hanya kerana..."
Hati aku kau sangka batu. 
Mati.

Ayiem.