Thursday, January 9, 2014

Dia Kekasihku.

Dulu, kau bukan dikalangan kawan aku. Malah nama kau langsung tidak tersenarai dalam senarai kenalan aku di seluruh pelusuk dunia. Aku di dunia aku dan kau di dunia kau. Hingga tiba masa dan waktunya, aku ternampak kau yang sedang bersama kawan-kawan kau di sebuah restoren di Bangi. Kebetulan kau dan kawan-kawan kau itu adalah kenalan kepada teman aku yang turut berada disitu bersama dengan aku. Dari situ, aku bertekat mahu mengenali kau.

Pada kali kedua pertemuan kau dan aku adalah di ruang 'study' hostel desa siswa. Waktu itu aku datang untuk berjumpa dengan teman aku dan pada masa yang sama kebetulan juga kau berada dimeja yang sama. Tapi masa itu terlalu singkat apabila kau dan kawan baik kau sudah pun mahu pulang. Dari situ aku mula bertanyakan tentang diri kau pada teman aku dan dia menceritakan sedikit sebanyak tentang kau dan kawan baik kau itu. Dan kali ini aku betul-betul bertekat mahu mengenali kau.

Pertemuan kali ketiga selepas aku memberanikan diri bertegur sapa dengan kau dan kawan baik kau adalah di sebuah gerai makanan berhadapan dengan hostel desa siswa yang mana aku sendiri menamakan kedai itu sebagai 'kedai mak'. Di situ aku memberanikan diri meminta nombor telefon kau dan kawan baik kau itu. Di situ juga kawan baik kau menamakan kau dan dia sebagai 'SyaiPek' dan disimpankan nama itu di dalam senarai nombor talepon aku. Yes! Aku berjaya menghampiri kau.

Masa demi masa berlalu. Pengenalan demi pengenalan berlaku. Akhirnya aku, kau dan dia menjadi sahabat yang kita bertiga sendiri menamakannya sebagai ''Sahabat Single''. Terlahir dek kerana aku, kau dan dia yang kebetulan masing-masing berstatus 'single' dan berjanji akan terus 'single' sehingga sampai masanya kelak. Itu permulaan persahabatan kita dan itu juga permulaannya kisah cerita penghijrahan aku dari jahil agama aku kepada yang lebih baik dengan izin Allah swt.

Sepanjang persahabatan kita bertiga, banyak perkara yang kita lalui bersama. Susah senang bersama dan gelak tawa turut bersama. Dari Bangi, Kajang ke Port Dickson, Ceras, Hulu Langat, Putrajaya, Kuala Lumpur, Gombak, Sungai Buloh, kita telah jejak hanya dengan kudrat kita bertiga. Kita menghabiskan masa bersama bertiga dengan menonton wayang, bermain bowling, bermain ais skating, karaoke, dan turut bermandi-manda di sungai air terjun. Kita pernah bersama menghadapi kesusahan terpaksa menolak kerata sewa yang mati di tengah perjalanan. Dalam persahabatan yang singkat itu, kita telah cipta dan bina banyak kenangan manis bersama.

Oh ya. Setelah aku cukup rapat dengan kau, di situ aku mula mencipta satu perasaan terhadap kau. Dalam diam aku menyimpan perasaan yang tak pernah kau sangkakan. Aku akui, aku mula sukakan kau. Masa demi masa berlalu. Tiba suatu masa, kau dikejutkan dengan satu berita sedih. Umi kau terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat pendarahan di dalam kepala. Pada masa itu, kau meminta pertolongan aku untuk membantu kau membawa kau ke hospital. Ya, kita bertiga juga berulang alik Bangi-Sungai Buloh dan pulang ke rumah kau di Gombak. Di situ jelas sebuah persahabatan yang amat ukuh.

Aku mula mengenali keluarga kau. Seorang demi seorang aku mula mengenali dan membiasakan diri. Tiba detik di hospital, suatu saat aku terlihat kau menangis teresak-esak. Apakah kekuasaan itu, aku akui bahawa aku jatuh cinta dengan kau selepas melihat perkara itu. Sehinggalah tiba masa pemergian Umi kau yang tercinta. Aku menghadiri solat jenazah dan pengkebumian Umi. Sebak aku melihat keadaan kau yang tidak terurus, letih menghadapi ujian Ilahi. Semoga arwah Umi di tempatkan dalam golongan para hambaNya yang soleh. AL- FATIHAH~

Sejak itu, aku akui mencintai kau sepenuh hati aku. Masa demi masa berlalu, sayang dan cinta aku terhadap kau tak pernah sedikit pun berkurang malah semakin bertambah. Sehingga ke hari ini, kau tetap ada menghiasi hidup aku walaupun dari jauh. Aku berubah dek kerana kau pendorongnya. Aku berubah dek kerana kau permulaannya. Aku berubah dek kerana suci cinta aku terhadap kau. Kau adalah insan terindah dalam hidup aku. Kau jugalah adalah insan yang tetap hidup dalam jiwa aku walaupun pada zahirnya kau begitu jauh dari aku.

Terima kasih aku ucapkan.

Kekasihku,  NOR SYAHIRAH ABDULLAH ZAWAWI.


No comments:

Post a Comment