Sunday, March 16, 2014

Mengapa aku masih menunggu?





Sampai bila aku harus memendam setiap rasa setiap rindu yang datang bertemu. Sampai bila? Makin lama makin sakit. Jangan fikir aku mendiamkan diri bermakna ia hilang begitu saja. Aku terlalu rindu. Sungguh aku rindu.

Jangan tanya kemana aku menghilangkan diri. Jangan tanya mengapa begitu lama aku menyepi. Semua ini dek kerana aku sedang mencuba untuk hidup tanpa kelibat kau lagi. Tanpa kasih dan sayang kau yang pernah aku merasa.

Selagi aku mampu untuk bertahan, aku cuba. Selagi aku mampu untuk hidup tanpa kau, aku cuba. Walaupun sakit walaupun payah. Kau pun tahu dan faham bukan. Bila hati dah sayang, selamanya tetap sayang.

Aku masih orang yang sama. Orang yang terlalu sayangkan kau. Orang yang cintakan kau sepenuh hati. Orang yang kekal setia mengharapkan cinta dari kau. Biar apa orang nak kata. Aku cuma mahu kau.




Sekian,




Ayiem.