Tuesday, May 6, 2014

#Feelings

Assalamualaikum.




Kalau aku
sayang kau infiniti sekali pun.
Kalau tuhan
kata kau bukan jodoh aku.
Aku boleh buat apa?


Aku akan diam sampai satu waktu
bila kau sendiri mula bertegur dengan pertanyaan
kenapa aku dah tak peduli.


#Feelings


Saturday, May 3, 2014

Soalnya hati bukan?

Assalamualaikum.




Guys.
Aku cintakan puisi

aku berpuisi bukan sekadar aku dengan tulisan
aku berpuisi bukan sekadar aku dengan khayalan
aku berpuisi bukan sekadar aku dengan cerita rekaan

Puisi aku penuh dengan makna yang lahir dari jiwa.
Puisi aku adalah segalanya tentang jiwa.

Guys.
Cerita tentang jiwa kadang boleh hilang nyawa.




Soal bahagia
bahagia itu apa yang kau sendiri definisikan

ada orang dia punya segalanya
tapi dia pilih derita.
ada orang dia hanya ada nyawa
tapi dia pilih bahagia dengan bersyukur apa adanya.




Soal hati
bagi aku susah bermain dengan hati
sekali hati terjentik tak jumpa jalan patah balik

kau senyum biarpun sesat
kau tunggu biarpun penat.

Soalnya hati bukan?




# Belum masuk soal cinta aku dah pitam. So aku stop takat nei ja larh. hahaha. Adyos Amigos.

Mawar Hitam.